Posted in Articles
Tags: anwar Ibrahim, DAP, disember, konvensyen, lim kit siang, mbsa, nik aziz, pakatan rakyat, pas, pkr, PR, selangor, shah alam
Aduhh..Ini Ke Kerja PAS?
•December 8, 2009 • Leave a Comment1. Siapakah yg menghalang perlaksanaan hukum Islam di Negara ini ?
2. Siapakah yg membenarkan program-program maksiat terus berjalan dan mendapat perlindungan ?
3. Siapakah yg membenarkan lambakan penerbitan-penerbitan majalah yg tidak senonoh dan merangsangkan hawa nafsu terus dijual dinegara ini ?
4. Siapakah yg membenarkan iklan-iklan arak disiarkan secara berleluasa diakhbar-akhbar berbahasa Inggeris dinegara ini ?
5. Siapakah yg memecat bekas Mufti Selangor yg menjalankan tugas nahi munkar bagi menyelamatkan gadis-gadis muslim terjebak didalam pertandingan ratu cantik ?
6. Pemimpin parti manakah yg mencabar undang-undang hudud yg ingin dilaksanakan diKelantan diMahkamah Persekutuan ?
7. Siapakah yg memberi amaran secara bertulis kepada Menteri Besar Kelantan untuk mengambil tindakan sekiranya diteruskan hasrat ingin melaksanakan hukum Islam dinegeri tersebut ?
8. Siapakah yg memutuskan bantuan wang perkapita sekolah agama rakyat (SAR) perlu dihentikan ?
9. Siapakah yg tergamak menyatakan bahawa SAR adalah sarang pengganas ?
10. Siapakah yg telah bertindak dan mengancam untuk bertindak menutup PASTI (Tadika Islam) ?
11. Siapakah yg telah berusaha untuk menghapuskan nama Islam daripada PAS?
12. Siapakah yg telah menghapuskan pembelajaran tulisan jawi dan akhbar tulisan jawi(Utusan Melayu)?
13. Siapakah yg memberi lesen-lesen perjudian,arak dan sarang-sarang maksiat dinegara ini ?
14. Siapakah yg menyokong sure heboh,Malaysian Idol,akademi fantasia,konsert-konsert artis dalam dan luar Negara ?
15. Siapakah yg menyatakan bahawa tiada sesiapa yg boleh mendakwa agama mereka lebih baik daripada agama-agama lain ketika merasmikan seminar bagi menubuhkan Suruhanjaya Agama ?
16. Siapakah yg mengekalkan akta-akta zalim yg menzalimi rakyat seperti ISA,OSA,akta penerbitan dan mesin cetak dan sebagainya?
17. Siapakah yg mengatakan tidak salah para pemimpin menyimpan perempuan simpanan asalkan tidak mengganggu tugas mereka ?
18. Pemimpin parti manakah yg sanggup terlibat mengedarkan kondom kepada rakyat di ibu kota suatu masa dahulu bagi mengatasi masalah Aids ?
19. Siapakah yg menyatakan kalau dilaksanakan hukum Islam akan berlaku huru-hara?
20. Siapakah yg menghina Nabi Muhammad s.a.w didalam ucapannya?
21. Siapakah yg menyatakan bahawa ucapan Assalamualaikum dan selamat pagi adalah sama?
22. Siapakah yg menyatakan bahawa Penghulu Syuhada atau Sayyidus Shuhada Syaidina Hamzah r.a. tidak dimandikan kerana tiada air dipadang pasir ?
23. Parti manakah yg meluluskan lesen judi di Parlimen meskipun ditentang oleh ahli-ahli Parlimen bukan Islam?
24. Parti manakah yg sanggup menghapuskan cuti hari Jumaat (sayyidul ayyam-penghulu segala hari bagi umat Islam) dan digantikan dengan cuti hari Ahad ?
25. Siapakah yg bertanggungjawab memanggil pasukan kriket Israel yg menyaksikan beberapa pemimpin PAS merengkok ke penjara kerana menentang rejim haram tersebut?
26. Parti manakah yg sanggup bersekongkol dengan Amerika bagi menyerang bumi Iraq didalam peperangan Teluk yg pertama dahulu?
27. Parti manakah yg bertanggungjawab mengaibkan maruah bekas pemimpin mereka sendiri dengan tuduhan liwat tanpa mengambil kira hukum qazaf?
28. Parti manakah yg bertanggungjawab sehingga terbunuhnya para syuhada Memali?
Berbekalkan sejarah dan kredibiliti yg tercalar ini bagaimanakah Umno kini ingin menjuarai dalam hal membela Islam?
BERSAMA-LAH KITA RENUNGI DAN INSAF-LAH SEBELUM AJAL
MENJEMPUT KITA!
TNB vs IPP
•December 8, 2009 • Leave a Commentsumber Sharing is Loving
Topik ni stil x ramai yang tahu & media pn xkasi publisiti yg sepatutnye..so, jom kite amati betul2 perkare yang akan diperbincangkan selepas ini..agak2 kalo boleh buat modal nak kawen, korang kasik bantai je la weyh!!
Ape itu IPP? IPP = independent power producers.. So, dalam Malaysia ni, 60% electricity supplied by TNB & the other 40% balance goes to IPP..jadi, 100% la kn? But TNB need an additional of another 25% extra power for backup purpose..this extra power called the‘Reserve Margin’..
Difference between TNB & IPP…TNB got government link & got social responsibilities…. IPP, totally private, got no social responsibilities, their priority is just to gain profit
Government introduced an agreement called Power Purchace Agreements (PPA) that fitted for TNB & IPP..that’s why that 60% & 40% existed..So, nak dipendekkan cerite, IPP punye tamak & ‘invincible’ under the PPA obligations, had over-supplied the TNB with excess power..
Remember that I told you that TNB only need 25% of reserve margin….but because of the IPP keep supplying & supplying power & TNB have to but it & buy it those power because of PPA (once the contract is signed, TNB need to abide it)….up until now, the reserve margin is up to 47% (which is not good what so ever) as we speak..
What do you understand from this? It means that TNB has an excess of 22% (47%-25%=22%) of reserve margin that they don’t need at all, but stil, they have to pay to IPP for the excess 22% of reserve margin..
And how much that 22% costs? seringgit? 2 ringgit? enam puluh enam ringgit dua puluh lima sen??..hahaha..TNB has to pay RM500million to IPP for the next 8 months for excess power that never been distributed to consumers (we the citizens of malaysia)..
Dah la TNB dah kene bayar RM1billion (annually) kt IPP tu..skang da kene bayar duit api lebihan RM500juta yang kite x gune pn kt IPP tu..ufff..mane x TNB nak naikkn rate bil api…deorg kene nak ngadap IPP..nak ngadap kes2 curi kabel2 kuprum lg..& mane lgsumber RM500jute tu? Dah tontu la dr duit rakyat..
So, elok2lah kite menyedari bende ni..hm, kite tau & yet, kite xdpt nak buat ape2…
Dgn IPP tu dipenuhi ngn kroni2 kerajaan(aku xsokong lgsg pon opposition, but bnde yg slh, ttp slh ye dak?), TNB nak xnak, kene hadap sume2 ni ngn penuh liku2 dan cabaran2 yang menduge akal..wahh!!
Bak kate ade sorang staf TNB yg tgh buat degree same2 ngn aku.. IPP perompak zaman moden rakyat malaysia..
Hari Baju Merah (Royalti Hak Rakyat)
•December 6, 2009 • Leave a CommentMari memakai baju berwarna merah sebagai bantahan terhadap penafian hak royalti petroleum Rakyat Kelantan.
Bantahan kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Pakai Baju Merah pada Setiap AHAD/Cuti umum (untuk luar Kelantan)
dan pada hari Jumaat untuk Kelantan (kalau boleh pakai untuk solat jumaat)
*pakai baju merah dan berkumpul ramai-ramai (di kedai kopi, shopping kompleks dan sebagainya) dan ambil photo untuk di letakkan di dalam laman group.

3000 lwn 100
•December 5, 2009 • Leave a CommentLebih 3,000 Hadiri Himpunan Sokong Nik Aziz
sumber Mstar Online
KOTA BHARU: Lebih 3,000 penyokong PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan NGO dari kaum Melayu, Cina dan India telah berhimpun di hadapan bangunan perhubungan PAS di Jalan Maju di sini bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada perhimpunan aman tersebut satu memorandum sokongan terhadap kepimpinan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS telah diserahkan oleh wakil Pertubuhan Kebajikan Penyokong Setia Tok Guru.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dalam ucapannya menyatakan rasa hairannya kerana pihak Umno menyuruh Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan kerana isu doa yang dibolehkan oleh agama Islam.
“Tuhan menyuruh kita berdoa sekiranya kita menghadapi masalah, tetapi pihak Umno menyuruh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan, saya tak pernah jumpa lagi dalam dunia parti politik macam ni.
“Pitih (duit) tak dapat, doa pun tak dapat, Najib patut letak jawatan,” katanya.
Wakil Dewan Muslimat PAS, Zailah Yusuf menegaskan pihaknya tetap berdiri teguh dibelakang kepimpinan Nik Abdul AZiz sehingga keakhir hayat beliau dan yakin PAS akan dapat menguasai Malaysia satu hari nanti.
Turut sama memberi ucapan ialah wakil dari kaum Cina, India dan Siam yang menyatakan sokongan agar Nik Abdul Aziz meneruskan kepimpinannya.
_____________________________________________________________________________________
TUNTUT TOK GURU NIK AZIZ LETAK JAWATAN
sumber media cyber
SUNGGUH RAMAI YANG HADIR DI PEKARANGAN SUK. SELEPAS DIKIRA DUA BELAS KALI JUMLAH YANG KELUAR DEKAT SERATUS LEBIH ORANG YANG BERHIMPUN.
TARIK BALIK SEMUANYA SELESAI, JIKA TIDAK PAS AKAN SEMAKIN HANCUR DI MATA MASYARAKAT.
p/s : antara 3000 dan 100 lebih, yang mana majoriti? kalau dalam pilihanraya Nik Aziz menang dengan majoriti 2800 lebih..haha..dari 2 berita nih, dapat kita lihat betapa sokongan terhadap UMNO dah takde. Lalu, teringatlah uncle mengenai perhimpunan di Batu Pahat tajaan Mat Ajis dan Puad Zarkashi dulu..lokasi di dataran, speaker hebat seorang MP berpengalaman, seorang lagi Timbalan Menteri tapi crowd yang datang 400 orang je..hahahah
Uncle Ash
-the Fraternity-
-Lawan Tetap Lawan-
1 Malaysia : Rosmah didahulukan, Nazir Diutamakan
INDOKTRINISASI YANG MENYIMPANG WAJIB DIBETULKAN
•December 5, 2009 • Leave a Commentsumber Hizbut Tahrir Malaysia
Tiba-tiba sahaja salah satu senjata perang saraf kerajaan, Biro Tatanegara (BTN), menjadi isu yang diperdebatkan. Ini adalah berikutan arahan pengharaman BTN oleh kerajaan negeri Selangor ke atas semua kakitangan awam dan pelajar pengajian tinggi di negeri itu, seperti yang diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali pada 25 November lalu atas dakwaan bahawa BTN telah dijadikan alat indoktrinisasi kerajaan untuk menanam sentimen perkauman dan memecahbelahkan rakyat termasuklah membenci pembangkang.
Lim Kit Siang pula menggesa kerajaan agar menutup terus BTN. Pelbagai reaksi muncul dari beberapa pemimpin UMNO yang rata-ratanya menghentam pembangkang sehingga ada yang menyifatkan pembangkang sebagai pengecut kerana takut dengan BTN. Ada pula yang mendakwa bahawa pembangkang sengaja memperbesarkan isu ini untuk menutup masalah dalaman mereka yang semakin parah. Dalam pada itu, beberapa bekas pemimpin kerajaan yang kini berpihak kepada pembangkang tampil untuk mendedahkan agenda perkauman di sebalik kursus-kursus yang dianjurkan oleh BTN. Dalam pada segelintir pemimpin UMNO cuba mempertahankan BTN habis-habisan agar dikekalkan modul yang sedia ada, jelas terdapat percanggahan pendapat sesama mereka di mana setengah yang lain bersetuju bahawa modul BTN perlu diubah. Nazri Aziz kemudian tampil mengumumkan bahawa kurikulum BTN akan diubah agar lebih mendekati matlamat 1Malaysia dan mesra kepada semua kaum [UM 01/12/09].
Sebenarnya beberapa Menteri, termasuklah Perdana Menteri sendiri yang sudah tidak senang duduk dengan pendedahan ini. Siapa tidak tahu tentang propaganda UMNO menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut? Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor. Kini, walaupun bau busuk BTN telah terdedah, namun masih tetap ada pihak yang bertegas cuba menutup dan mempertahankan kebusukannya.
Biro Tatanegara adalah sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Di antara objektif utama program anjuran BTN adalah pemupukan patriotisme ke atas semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat. Dengan cogankata, “Bersama Mencipta Kegemilangan”, visi utamanya adalah untuk organisasi awam yang unggul di dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada kerajaan [www.btn.gov.my]. Di antara kandungan kursusnya adalah kenegaraan, ketaatan kepada pemimpin dan kedaulatan undang-undang. Lagu warisan atau lebih terkenal dengan lagu ‘anak kecil bermain api’ sudah tidak asing lagi berkumandang di hampir kesemua programnya. Kursus BTN juga sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman (terhadap bangsa Melayu) lalu menyeru orang-orang Melayu memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanah air tidak tergadai. BTN turut diguna untuk menjelas dan mempertahankan semua dasar yang dibuat oleh kerajaan. Ia disokong dengan pelbagai maklumat yang dilihat relevan. Semua dasar yang dilihat merugikan orang-orang Melayu ‘diolah’ dan dikatakan mempunyai maksud yang tertentu dan ia dilakukan untuk kepentingan rakyat. Pendek kata, di dalam BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN.
Haram Taat Di Dalam Perkara Maksiat
Taat kepada penguasa Muslim adalah wajib berdasarkan nas yang jelas. Namun demikian, perlu diperhalusi (juga dengan nas) pemimpin yang bagaimanakah yang wajib ditaati? Ini kerana, Islam tidak pernah mengajar untuk taat kepada pemimpin dengan membabi buta sebagaimana ‘ajaran’ dalam BTN, tetapi Islam meletakkan syarat bahawa ketaatan dilakukan kepada pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati Allah dan Rasul, tidak memerintah untuk melakukan kemaksiatan dan tidak menampakkan kekufuran yang nyata. Sekiranya pemimpin tidak memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka tidak ada dengar dan tidak ada taat. Dengan kata lain, kewajiban taat kepada seseorang pemimpin itu telah dikecualikan oleh satu keadaan, iaitu apabila ia memerintah dengan kemaksiatan. Apabila seorang penguasa memerintah kepada kemaksiatan, tidak boleh (haram) untuk mentaatinya dalam hal kemaksiatan tersebut. Ini kerana, nas telah mengecualikan hal tersebut sebagaimana hadis dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Nabi SAW, baginda bersabda,
“Mendengar dan mentaati seorang Muslim (tetap wajib) sama ada dalam hal yang disukai dan dibenci, selagi tidak diperintahkan berbuat maksiat. Apabila dia berbuat maksiat, maka dia tidak boleh mendengar dan tidak boleh mentaatinya”.
Maksudnya, apabila seseorang itu menyuruh kalian untuk melakukan kemaksiatan, maka tidak ada lagi ketaatan terhadapnya, baik dia adalah seorang pemimpin atau ibubapa kalian sekalipun. Sabda Rasulullah SAW yang lain,
“Tidak ada (kewajipan) taat pada makhluk dalam hal berbuat maksiat kepada Allah” [HR Muslim].
Inilah satu-satunya kondisi yang dikecualikan dari ketaatan kepada seseorang manusia (termasuk kepada pemimpin) iaitu dalam perkara yang memaksiati Allah. Justeru, sebagai Muslim, ‘standard’ yang wajib kita gunakan di dalam menilai program BTN adalah, sama ada ia mengandungi perkara-perkara maksiat atau tidak. Dari pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara iaitu dengan kata lain menyemai perasaan assabiyyah dan wathaniyyah yang jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Indoktrinisasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua. Tidak melaksanakan syariat Islam ke atas kaum Muslimin merupakan bentuk kemaksiatan terbesar berbanding maksiat-maksiat lainnya, kerana dari sinilah punca lahirnya segala maksiat lain yang begitu banyak di dalam negara.
Memuhasabah Pemimpin Adalah Wajib
Islam bukan sekadar mengharamkan mentaati pemimpin yang memerintah dengan maksiat, malah Islam mewajibkan ke atas umatnya untuk melakukan muhasabah (menegur dan membetulkan) pemimpin yang mengerjakan keharaman tersebut. Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri di atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak-hak rakyat, mengabaikan kewajiban-kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang dari hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah. Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Umi Salamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Akan ada para pemimpin, lalu kalian akan mengetahui kema’rufannya dan kemungkarannya, maka siapa sahaja yang membenci (kemungkaran)nya dia akan bebas (dari dosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi siapa sahaja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka). Mereka bertanya, ‘Tidakkah kita perlu memerangi mereka?’ Baginda bersabda, ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam).”
Dari Abi Sa’id Al-Khudri yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah (dengan hati) selemah-lemah iman”.
Riwayat ini menjelaskan lagi maksud hadis sebelumnya bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan agar mengingkari seorang penguasa, bahkan wajib mengingkarinya dengan sarana apapun yang boleh digunakan, yang bertepatan dengan syara’, baik dengan tangan ataupun dengan lisan, dan sekurang-kurangnya dengan hati. Hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar. Kerana itu, hadis-hadis ini menjelaskan hukum wajibnya memuhasabah kemaksiatan yang dilakukan oleh penguasa. Selain itu, terdapat begitu banyak hadis yang menyentuh tentang penguasa secara khusus, yang bermaksud ta’kid (penguatan) peri pentingnya kewajiban melakukan muhasabah terhadap penguasa. Dari Umu ‘Atiyah dari Abi Sa’id yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,
“Sebaik-baik jihad adalah (mengucapkan) kata-kata yang haq di hadapan penguasa yang zalim.”
Ini merupakan nas khusus berupa muhasabah yang wajib dilakukan terhadap seorang penguasa, dalam bentuk perintah ke atas setiap Muslim menyampaikan kata-kata yang haq kepadanya. Maka perjuangan untuk meluruskan para penguasa yang merampas hak-hak rakyat, atau mengabaikan kewajipan-kewajipan mereka kepada rakyat, atau yang menyuruh kepada maksiat, atau yang menerapkan hukum-hukum kufur, hukumnya adalah fardhu ke atas setiap Muslim. Allah SWT telah memfardhukannya, bahkan Rasulullah meletakkannya seperti jihad, malah sebaik-baik jihad sehingga seakan-akan baginda bersabda, sebaik-baik jihad di sisi Allah adalah perjuangan menentang penguasa yang zalim [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].
Rasulullah SAW telah mendorong setiap Muslim agar menentang para penguasa yang zalim, bukan mentaatinya, walau apapun ancaman yang bakal menimpa di dalam rangka melakukan kemuliaan ini, walau hingga mengakibatkan seseorang itu terbunuh sekalipun. Rasulullah SAW bersabda,
“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah, serta seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu dia menasihatinya, kemudian dia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR al-Hakim].
Hadis ini merupakan bentuk pengungkapan yang paling tegas, yang mendorong setiap orang yang beriman agar berani menanggung segala risiko, sekalipun risiko kematian, dalam rangka melakukan muhasabah terhadap para penguasa demi meluruskan penguasa yang zalim itu. Dan ganjaran yang paling besar (mati sebagai sayyidu syuhada’) menanti pelakunya.
Terdapat segelintir umat Islam yang keliru dalam mentaati pemimpin yang menyeru kepada kemaksiatan, kerana salah memahami hadis berkenaan pemimpin yang mendirikan ‘solat’. Auf Bin Asyja’i berkata,
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendo’akan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.’ Ditanyakan kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi saja mereka itu?’ Baginda menjawab, ‘Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian.”
Mereka yang keliru, memahami ‘solat’ dengan erti sembahyang. Justeru, mereka berhujah bahawa kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin mengerjakan sembahyang. Walhal yang dimaksud dengan ‘menegakkan solat’ dalam hadis di atas adalah ‘memerintah dengan Islam’, iaitu menegakkan seluruh hukum syara’. Ungkapan ‘ma aqamu fi kum as-solah’ (‘menegakkan solat’) adalah merupakan pembahasan majaz (analogi) iaitu ‘Itlaqul juz’i wa iradatul kulli (menyebut sebahagian tertentu dengan maksud keseluruhan). Seperti firman Allah, ‘fa tahriru raqabah’ (‘maka merdekakan hamba’) [TMQ al-Mujadalah (58):3], yang dimaksudkan adalah memerdekakan hamba secara keseluruhan, bukan hanya raqabah (hamba mukatab) sahaja. Tidak menegakkan solat atau tidak melaksanakan solat dalam hadis yang berkenaan, maksudnya adalah tidak memerintah dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, atau memerintah dengan hukum-hukum kufur, sehingga penampakan kekufuran tersebut tidak meragukan lagi [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].
Terdapat juga pandangan oleh mereka yang keliru bahawa memuhasabah pemimpin hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi dengan menarik tangan mereka ke belakang. Walhal berdasarkan banyak hadis (termasuk yang telah dibincangkan pada perenggan awal di atas), Rasulullah memerintahkan bahawa muhasabah kepada pemimpin wajib dilakukan secara terang-terangan. Malah generasi awal Islam telah membuktikan hal ini. Diriwayatkan semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, seorang wanita memuhasabah tindakan Umar yang melarang wanita meminta mahar (mas kahwin) yang tinggi dan bagi yang telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Wanita tersebut lalu memuhasabah Umar kerana menetapkan sesutau yang bertentangan dengan Al-Quran (surah an-Nisa’:20). Umar, dalam kapasitinya sebagai Khalifah, lalu terus mengakui kesilapannya dan membenarkan perempuan tersebut. Umar juga pernah di muhasabah secara terang-terangan dalam hal pembahagian ghanimah berupa kain buatan Yaman. Masing-masing mendapat sehelai kain secara adil. Tetapi Umar sendiri nampaknya memakai kain tambahan untuk gamis yang dipakainya. Salman Al-Farisi mencelah di saat Umar sedang berkhutbah,
“Kami tidak akan mendengar dan mentaatimu sehingga engkau menjelaskan dari mana engkau mendapat tambahan kain untuk gamismu?” Umar menjawab, “Jangan engkau terburu-buru mencelaku.” Lalu Umar memanggil anaknya Abdullah bin Umar dan berkata, “Aku bertanya kepadamu, dengan nama Allah, bukankah gamis yang aku pakai ini adalah bahagian hadiah darimu?” Abdullah bin Umar berkata, “Benar wahai Amirul Mukminin, itu adalah bahagianku yang aku hadiahkan kepadamu.” Salman lalu berkata, “Kalau begitu, teruskanlah khutbahmu, kami akan mendengar dan mentaatimu” [Syeikh Abdul Aziz al-Badri, Al-Islam Baina al-Ulama’ wa al-Hukkam].
Beginilah hebatnya kaum Muslimin ketika itu dengan kewajiban memuhasabah pemimpin, juga hebatnya ketaqwaan seorang pemimpin di dalam menerima muhasabah dari rakyatnya. Muhasabah dilakukan secara terbuka dan langsung tidak timbul soal menarik tangan ke belakang.
Berdasarkan nas-nas, kita dapat memahami bahawa memuhasabah pemimpin itu boleh dilakukan dengan pelbagai uslub (cara/teknik) sama ada secara bersembunyi (tertutup), berhadapan secara terang-terangan, melalui penulisan, CD, ceramah, masirah (demonstrasi aman) dan sebagainya. Perbuatan memuhasabah, melalui apa cara sekalipun (yang syar’i), adalah wajib dan jauh lebih baik daripada sekadar hanya memendamkan kebencian dalam hati (bi al-qalb). Haram hukumnya berdiam diri atau tidak melakukan apa-apa, dan lebih buruk, sekiranya mengkritik atau menghentam orang yang melaksanakan kewajipan memuhasabah ini.
Khatimah
Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sesungguhnya indoktrinisasi yang kamu lakukan ke atas rakyat dengan menanamkan sikap assabiyyah dan wathaniyyah adalah haram. Indoktrinisasi agar rakyat mentaati kamu secara membabi buta juga adalah haram. Berhentilah dari segala kemaksiatan yang kamu lakukan dan janganlah kamu memaksakan kemaksiatan tersebut ke atas rakyat. Buanglah keegoan kamu dan tundukkanlah hawa nafsumu kepada hukum Allah. Sesungguhnya orang yang jauh lebih mulia dari kamu tidak pernah ego kepada rakyatnya dan senantiasa menundukkan dirinya kepada Allah. Ingatlah tatkala orang yang mulia tersebut berucap, di saat beliau dilantik menjadi Khalifah selaku pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, katanya, “Apabila tindakan aku benar, maka ikutilah aku dan apabila aku menyimpang, maka luruskanlah aku”, seorang hamba Allah berkata dengan lantang sambil menghunuskan pedangnya ke arah sang pemimpin, “Wahai Umar! Sekiranya engkau menyimpang, maka pedangku inilah yang akan meluruskanmu”. Lalu dijawab oleh sang pemimpin agung sambil tersenyum, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan keberanian kepada seorang hambaNya, yang bersedia meluruskan Umar dengan pedangnya.” Sungguh, alangkah indahnya apabila ada pemimpin dan rakyat seperti ini.
Tindakan Pijak Poster Katak-katak DUN Perak : Persepsi Dan Suara Yang Rasional
•December 4, 2009 • Leave a CommentOleh Lim Peng, Setiausaha Cawangan Parit Jawa Pantai, DAP Muar
Tindakan mengoyak dan memijak poster bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon oleh ketua-ketua bahagian UMNO pada tahun lepas disifatkan sebagai biadap, tidak masuk akal dan menjijikkan. Tindakan sebegini sepatutnya dianggap sebagai sempadan kepada para pimimpin Pakatan Rakyat. Apa telah terjadi kepada pemimpin DAP Perak yang meniru tindakan ini dengan meletakkan poster 3 ekor katak untuk dipijak oleh para tetamu dalam mesyuarat Agung negerinya pada 29hb, Nov, 2009? Inilah kreativiti golongan cerdik pandai DAP! Apakah motif sebenar meniru tindakan yang keji ini?
Sudah tentu peniruan tindakan sebegini akan melepaskan rasa geram setengah ahli dan penyokong parti DAP yang tidak berpandangan jauh yang dendam terhadap 3 ekor katak yang mengakibatkan kejatuhan pemerintahan PR di Perak. Kemungkinan tindakan ini seakan mengunyahkan daging dan menghisapkan darah 3 ekor katak itu. Hakikatnya kuasa pemerintahan tidak akan kembali dengan tindakan lepas geram sebegini. Kita perlu fikirkan iktibar daripada tindakan rakyat Iraq yang pernah meletakkan poster George Bush di lantai hotel Baghdad untuk pijakan orang ramai tetapi realitinya ialah Iraq masih dalam kekuasaan Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi 3 ekor katak ini tidak akan dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan BN sebagai calon DUN dalam pilihanraya ke-13. Realitinya mudah sahaja, iaitu “ditakdirkan kalah” kerana tindakan lompat parti mereka tentu tidak boleh diterima oleh pengundi tempatan yang idamkan perubahan dan kebenaran.
Para pemimpin DAP Perak sepatutnya berwawasan jauh dengan perancangan dan strategi untuk menang dalam pilihanraya kelak. Tindakan rasional seperti manginsafkan dan memujukkan 3 ekor katak ini dengan memupukkan mereka kembali ke landasan Allah s.w.t. patut direalisasikan. Tindakan mencaci dan memaki hamun merupakan kefasiqan. Apatak lagi meniru tindakan fasiq ini daripada golongan yang biadap. Apakah kemurniaan akhlak para pemimpin DAP dengan kerja pijak-memijak poster lawannya? Sama sahaja seperti tindakan jahil yang dilakukan oleh orang UMNO. Rakyat sudah sedar tentang kejahatan dan kemudaratan yang dibawakan oleh kerajaan BN. Rakyat akan sentiasa meneliti dan memantau tindakan pemimpin PR yang dikatakan akan membawakan reformasi.
Para pemimpin PR umumnya dan DAP Perak khasnya perlu sedar bahawa reformasi dan perubahan merupakan impian rakyat. Pemerintahan BN selama 52 tahun yang penuh dengan rasuah, penyelewengan kuasa, rakus kuasa dan kemunafikan telah ditolak oleh rakyat yang rasional dan berwawasan yang mahukan tanah air yang tercinta ini kembali kepada kesucian dalam masa tersingkat. Pemimpin PR sepatutnya menunjukkan kredibiliti untuk merubah segala kejahanaman dan kejahatan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Rakyat sentiasa mengidamkan suatu perubahan besar dan spotan dilakukan oleh PR jikalau diberikan mandat pemerintahan pada pilihanray ke-13. Rakyat yang waras tentu tidak ingin kerja busuk dibalas busuk dipaparkan oleh pemimpin harapan mereka. Mudah-mudahan daya kredibiliti dan kemulian akhlak menjadikan seorang pemimpin itu disegani.
Adakah pemimpin PR sedar tentang formula sistem dua baris yang diidamkan oleh rakyat? Diharapkan para pemimpin PR tidak akan keliru dan tertiru dengan sistem dua baris yang dipraktikkan di Thailand. Pertumbuhan ekonomi Thailand sudah terbantut dengan kadar penukaran pucuk pemerintahan yang kerap. Setiap Perdana Menteri baru Thailand masih tersabit dengan skandal rasuah. Ditambah pula keadaan sosial yang masih bergelora dengan tunjuk perasaan puak baju kuning ataupun puak baju merah serta ancaman keganasan di wilayah selatannya. Kegagalan sistem dua baris juga berlaku di Filipina. Rakyat pernah menaruh harapan besar kepada pemimpin baru selepas kejatuhan tahta bekas President Marcus. Tetapi, masalah rasuah dan kemiskinan masih berleluasa. President-presidentnya masih rakus kuasa dan gilakan wang. Contohnya President Aroyyo masih disyaki terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan calon wakil rakyat dan wartawan yang berlaku di selatan Pulau Luzon baru-baru ini. Bahkan President Aroyyo masih menghantar borang calon sebagai wakil rakyat untuk pilihanraya tahun depan sunnguhpun jawatan presidentnya sudah 2 penggal. Sistem dua baris di Thailand dan Filipina bukan idaman rakyat Malaysia.
Korea Selatan yang satu ketika ketinggalan di belakang Malaysia telah bertukar menjadi negara maju dengan kejayaan sistem dua barisnya. Setiap barisan pemerintahan yang tidak dapat memenuhi permintaan rakyatnya tentu akan dijatuhkan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Bahkan setengah pemimpin yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak amanah akan undur diri. Seperti bekas presidentnya, Lu Wu Xuan sanggup bunuh diri kerana perasaan serba salah terhadap rakyat. Di sini tertonjolnya kemuliaan akhlak dan kewibawaan seorang tokoh politik yang delikasi dan bertanggungjawab. Para pemimpin PR sepatutnya merujuk kepada sistem dua baris yang dipraktikkan di Korea Selatan dan mempelajari teladan pemimpinnya yang berjiwa rakyat. Para pemimpin PR mungkin boleh minta tunjuk ajar daripada President Susilo, Indonesia yang telah sedaya upaya mencucikan imej negara yang dulunya digeruni dengan indeks rasuah yang tinggi.
Para pemimpin PR perlu sentiasa was-was dengan jerat perkauman yang dipasang oleh BN. Hasrat pimpinan PR semata-mata mencari keredaan Ilahi dan demi kepentingan rakyat umum, tidak sekali-kali didorong oleh kepentingan duniawi atau bersifat peribadi. Mereka perlu berlaku adil tidak kira dengan kaum sekalipun, dengan latarbelakang politik dan agama mana sekalipun dan tidak kira apa warna kulit sekalipun. Inilah idaman rakyat yang waras fikirannya. Jangan menggap diri sebagai Tuan kepada rakyat jika diberikan mandat dan melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya mengikut nafsu. Rakyat ialah Tuan kepada tanah suci ini dan pemimpin PR pula sebagai wakil untuk merealisasikan keadilan dan kebenaran.
rencana asal adalah dari Malaysia Today
p/s Uncle juga setuju dengan rencana dari Mr. Lim. Pimpinan PR atau lebih tepat lagi MP dan ADUN PR harus mengubah sikap dalam diri mereka. Jangan mudah terikut-ikut rentak permainan UMNO/BN. Kenapa kita perlu bersikap seperti kanak-kanak? Tidak matang. Politik picisan. Kenapa kita perlu melayani nafsu amarah dan emosi kita sedangkan yang selayaknya diberi pertimbangan adalah akal fikiran..Uncle rasa cukuplah kita menuding jari mencari kelemahan2 mereka. Rakyat sudah sedia maklum. Sekarang ini kita perlu tunjuk kebolehan kita. Laporan Ketua Audit Negara yang memaparkan kecemerlangan PR memerintah 4 negeri harus diberikan perhatian dan ditonjolkan agar rakyat di lain-lain negeri mampu melihat kepintaran dan kecemerlangan PR mentadbir urus. Kepada sekalian YB2 PR, haruslah mengubah panggilan Yang Berhormat menjadi Yang Berkhidmat agar kita akan sentiasa tunduk ke bumi. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk ke bumi. Insaflah dan ingatlah bahawa kamu dilantik rakyat untuk mewakili mereka. Kamu dilantik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Kamu adalah pencacai upahan rakyat. Rakyat mampu menaikkan darjat kamu DAN RAKYAT JUGA MAMPU MENGHUMBAN KAMU KE LEMBAH PENGHINAAN…Uncle malas nak ulas mengenai isu ini. Uncle sedih kerana kita dalam PR juga terikut-ikut dengan gaya politik kebudak-budakan seperti ini.
AMK MALAYSIA : HEBAHAN MEDIA AMK; Ketua AMK diarah hadir ke Ibupejabat SPRM esok pagi
•December 3, 2009 • Leave a CommentSalam,
Dimaklumkan bahawa pihak SPRM telah menghubungi Sdr. Shamsul Iskandar, Ketua AMK dan mengarahkan beliau supaya hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 9.30 pagi esok (Jumaat, 4 Disember 2009) untuk siasatan lanjut berkaitan CD ‘Pengakuan Penyiasat Persendirian Bala’ yang diserahkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat 2 Disember lalu.
Semua rakyat Malaysia KECUALI Utusan Malaysia dijemput hadir tanda sokongan.
Sekretariat Angkatan Muda Keadilan
























