The Fraternity

Leave A Legacy

Hukum Hudud : Keikhlasan atau Satu Polemik?

Salam sejahtera kepada semua,

Story gua edisi kali nih mengenai satu isu yang telah lama diperkatakan. Tetapi, isu ini tenggelam timbul. Setelah lama ia tenggelam, akhirnya ia timbul semula dan mencetuskan polemik baru pasca 8 Mac 2008.4>

Malam semalam gua menyertai rombongan kunjungan hormat ke kediaman YB Dr. Mohamad Bin Taslim, ADUN Maharani, Muar bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Sekretariat Angkatan Muda Keadilan Zon Utara dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Muar. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pimpinan Muda PKR Muar dengan YB Dr. Mohamad dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar selain berbincang mengenai permasalahan tempatan.

Kedatangan kami disambut penuh mesra dan semangat ukhwah oleh YB Dr. Mohamad dan isteri serta pimpinan Pemuda PAS. Gua rasa amat tersentuh dengan cara YB melayani kami. Pada gua, YB nih memang berjiwa rakyat, berhemah tinggi dan bijak. Memang tak salah penduduk DUN Maharani membuat perubahan. Kita telah memilih seorang pemimpin yang benar2 serius dalam menjalankan amanah dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat setempat.

Pujian harus diberikan kepada YB yang sudi melayani kami sehingga jam 12 malam, walaupun sibuk dengan kerjaya beliau sebagai doktor dan Ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi masih lagi segar berbicara dan berdiskusi mengenai permasalahan setempat yang dibawa oleh pihak AMK.

Banyak isu2 lama dan baru yang diutarakan mendapat respons yang baik dari pihak YB. Antaranya sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Johor. Juga buat pertama kalinya dalam hidup gua, melihat salinan jawapan2 kepada persoalan dan permasalahan yang dibicarakan di sidang DUN Johor nih.

Tak ketinggalan juga isu Hukum Hudud. Secara tiba2, hudud melanda Malaysia lagi. Gua rasa isu hudud nih dah dimainkan berulang kali. Umpama iklan di dalam televisyen. Saban waktu, pasti ada kontroversi yang melibatkan hukum ciptaan Allah S.W.T nih.

Gua tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Politik YB Dr. Mohamad nih. Mungkin kerana gua berkongsi pendapat yang sama dengan beliau, iaitu isu agama ini tidak boleh digunakan sebagai modal untuk meraih keuntungan dan survival politik semata-mata. Pada gua, isu2 agama seperti ini, memerlukan satu diskusi bersama dengan profesional2 di dalam bidang nih. Para pemikir2 Islam tersohor di Malaysia perlu dipanggil bersidang tanpa mengira fahaman politik yang sempit nih. Kerana pada gua, isu2 agama seperti ini melibatkan akidah umat Islam di Negara ini.

Berbalik kepada jawapan yang diberikan oleh Setiausaha nih tadi, beliau merumuskan bahawa Hukum Hudud ini umpama kewajipan umat Islam menunaikan solat 5 waktu dan zakat fitrah di bulan Ramadhan. Masyarakat bukan Islam tak perlu gentar atau takut dengan hukum hudud nih kerana hukum hudud nih hanya digunapakai oleh umat Islam. Masyarakat bukan Islam diberikan pilihan untuk memilih sama ada mereka mahu menggunapakai hukum hudud nih secara sukarela atau memilih untuk menggunapakai sebarang bentuk kanun yang terdapat di dalam agama mereka atau pun Hukum Sivil sekarang ini.

Jadi, tidak timbul soal Islam nih mengamalkan dasar kuku besi atau bahasa korporatnya “Diktator”. Islam adalah Ad-Deen, Cara hidup yang disenangi bukan sahaja oleh penganutnya bahkan oleh bangsa lain bersesuaian dengan semangat Perlembagaan Madinah.

Juga Setiausaha nih, ada berbicara mengenai ketakutan umat Islam sendiri mengenai perlaksanaan hukum hudud. Gua rasa perkara nih amat menakutkan dan menyedihkan sekali apabila umat Islam sendiri merasa gentar dan menolak dengan hukum ciptaan Allah S.W.T. Gua yang cetek dalam ilmu agama nih n banyak gak kesalahan2 yang gua buat, tetapi sekiranya hukum2 seperti nih diterima pakai, maka gua menyokong sepenuhnya.

Nak tergelak juga apabila Setiausaha nih “quote” pepatah yang menyatakan “apabila Hukum Hudud dilaksanakan maka kat Malaysia nih akan ada banyak tangan2 terputus bergelimpangan di jalanraya atau ada resepi baru akan wujud iaitu “SUP TANGAN”. Kata2 nih menurut beliau keluar dari mulut veteran politik Melayu yang beragama Islam. Haha..gua ingat gua saja yang cetek ilmu agama nih, tapi si polan veteran nih lagi teruk dari gua.

Gua tak kisah pun sekiranya insan2 bernama Ah Meng, Lingam, Gurbachan Singh, David, Alexander menolak hukum2 nih. Tetapi apabila nama yang ditengah2 mempunyai BIN atau BINTI, perkara nih amat mengejutkan dan menyedihkan. Gua rasa betapa dangkal dan lemahnya semangat bangsa gua. Hukum2 yang seharusnya menjadi kebanggaan ditolak mentah2 tetapi mengagungkan hukum2 atau konsep2 yang dijaja atau dipelopori oleh colonial atau tamadun peradaban barat. Kita sendiri boleh lihat hukum2 atau konsep2 idea tamadun peradaban ciptaan barat atau manusia nih, dengan senangnya boleh tergelincir dari landasan atau roboh dilanggar semangat kerakusan nafsu serakah manusia. Tetapi, hukum ciptaan Allah S.W.T ataupun agama wahyu ini sukar ataupun tidak mungkin tergelincir dari landasan.

Pada gua, senang, tak kira apa kanun sekalipun, setiap pertuduhan mesti dilengkapi dengan saksi yang boleh dipercayai dan tidak munafik serta mempunyai bukti2 yang melampaui keraguan munasabah. Barulah sesuatu hukuman boleh dijatuhkan. Susah sangat ker Melayu2 nih nak faham. Takkan mereka2 nih semua tak pergi sekolah agama. Kalau tak pergi pun, takkan tak pernah dengar kuliah agama. Gua yang baru setahun jagung hidup kat dunia nih pun tau “fundamental” undang-undang. Nampak sangatlah “cokia” mereka2 yang menyokong pepatah diatas tadi.

Lagi satu, Setiausaha nih ada menyatakan bahawa bangsa-bangsa lain menyokong hukum hudud dilaksanakan kerana pada pendapat mereka, apabila hukum hudud dijalankan secara terbuka maka si penjenayah2 nih akan takut untuk melakukan kesalahan2. Maka, bangsa2 lain nih yang terkenal dengan dinasti perniagaan dan kekayaan merasa keselamatan mereka lebih terjamin dan perkara2 nih memberikan kebaikan dan keuntungan buat mereka.

Lihatlah, betapa mudahnya Islam dalam memberikan kebaikan dan keadilan kepada setiap makhluk. Apakah Islam ini masih lagi tidak bagus sehingga timbul Islamophobia? Adakah Islam ini satu agama yang menindas atau adakah Islam ini adalah satu agama yang berkeinginan untuk menjadi dominan sahaja dengan membiarkan kebaikan dan keadilan, yang hak dan batil dimanipulasi?

Sama2 lah kita fikirkan dan renung2 kan lah konsep Piagam Madinah. Insya Allah dalam tulisan gua berikutnya akan gua masukkan perkara2 asas Piagam Madinah seperti yang kita semua pelajari semasa di sekolah menengah dulu.

Suka untuk gua coretkan kat sini gak pasal hukum berkhatan yang sering di propagandakan atau dijadikan lawak jenaka dikalangan umat Islam terhadap bukan Islam. Kita termasuklah diri gua sendiri sering memomokkan perkara berkhatan nih. Seolah-olah berkhatan nih adalah satu perkara yang menakutkan walhal dari segi perubatan terbukti berkhatan nih mampu mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Kita sering dengar lawak2 seperti “U kalau masuk Islam, mesti mau potong”. Kenyataan2 seperti nih, walaupun lawak jenaka tetapi sekiranya diperhalusi menampakkan kebodohan kita sendiri dalam berdakwah. Kita sering berbicara mengenai kadar murtad di Negara kita, tetapi sedarkah kita bahawa kita sendiri turut menjauhkan yang Bukan Islam hatta umat Islam sendiri dari agama dan syariat yang dibawa oleh Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Isu sekecil ini mampu menjadi barah atau taboo dalam melemahkan semangat dakwah Islam.
<!–[if !supportLineBreakNewLine]–>
<!–[endif]–>

Akhir kata, gua rasa pihak pimpinan PAS dan PKR serta badan2 pertubuhan Islam yang lain perlu bekerjasama dan memainkan peranan yang lebih matang dalam memberi penerangan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai keikhlasan dan kecantikan agama Islam nih. Juga pada gua, PAS mahupun PKR boleh menyelitkan program2 penerangan nih di dalam ceramah2 anjuran mereka. Tak perlulah kita menunggu sehingga pilihanraya akan datang atau sehingga isu2 nih diperhebohkan barulah kita mahu memberi penjelasan. Tujuan gua memberi idea nih kerana, mungkin bagi golongan veteran atau emas, mereka sudah sedia maklum mengenai perkara2 seperti nih, tetapi golongan muda atau “new age” seperti gua nih kalau tak diajar dan dipupuk, maka kami akan lebih teruk hanyut dengan budaya2 ciptaan zaman colonial dan tamadun peradaban barat.

Setakat nih sahaja tulisan gua buat kali nih. Sama2 kita renungkan mengenai hukum2 nih tetapi awas jangan melampaui batas sehingga menjejaskan akidah kita.

TULISAN GUA NIH TAK BERNIAT UNTUK MEMBURUKKAN ATAU MENGAMPU MANA2 PIHAK, JAUH SEKALI UNTUK MENIMBULKAN SENTIMEN HURU HARA ATAU MENGGANGGU GUGAT SENSITIVITI DAN PRIVASI SESETENGAH INDIVIDU DAN MASYARAKAT SECARA KOLEKTIF. TULISAN GUA HANYALAH SEBAGAI SATU PANDANGAN PERIBADI. MAKA, KEBIJAKSANAAN DAN PERTIMBANGAN AKAL YANG MATANG OLEH PEMBACA AMATLAH DIPERLUKAN DAN DIHARGAI. GUA MENGHARGAI SETIAP KOMEN2 YANG MUNGKIN AKAN TIMBUL DAN GUA AKAN CUBA MEMBERI RESPONS KEPADA SETIAP KOMEN YANG ADA.

Sekiranya terdapat kekhilafan dan kesalahan info di dalam tulisan gua kali nih, gua mohon maaf seikhlas hati, juga sekiranya terdapat kata2 yang menyinggung perasaan mana2 pihak gua pohon ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Kerana yang pasti, gua hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan tak terlepas dari kesilapan.

“Yang baik datang dari Allah, Yang buruk datang dari gua”.

Semoga bertemu lagi di kesempatan yang akan datang.

Sekian…

Mr. Ash

The Covenant Advisor

-leave a legacy-

P/S : Info Program : AMK ZON UTARA akan mengadakan program ceramah di Markas PAS Parit Pechah, Muar pada 2 Januari 2008. Antara speaker undangan adalah KETUA AMK PUSAT, SDR. SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN. Anda dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan semoga kita semua akan mendapat ilmu, hidayah dan rahmat dari Allah S.W.T.

* jangan lupa membaca artikel gua “INILAH KETENTUAN TUHAN”. Semoga apabila korang membacanya, tergerak hati korang untuk menyumbang. Semoga jasa baik korang, Allah sahaja yang berhak membalasnya dan gua mewakili Tok Moh mengucapkan ribuan terima kasih.

December 28, 2008 Posted by Uncle Ash | Articles | , , , , , , , , , , , , , | No Comments Yet

Sehati Berdansa : Antara Amal dan Kereta.

Salam hormat,

Kali nih gua nak story pasal rancangan Sehati Berdansa, program realiti berdansa keluaran Raja Program Realiti Malaysia, ASTRO. Gua tak pernah tengok rancangan nih tetapi petang tadi gua layan bonda n kakak gua tengok siaran ulangan Sehati Berdansa nih. Bukan apa, gua nak tau gak pasal bonda n kakak gua asyik cerita pasal Sehati Berdansa jer. Memang tak salah kalau gua panggil Astro nih Raja Program Realiti.

Menurut kakak gua, peserta Rancangan Sehati Berdansa nih dipilih dari kalangan selebriti tempatan dan mereka mewakili pertubuhan2 kebajikan dimana pemenang akan menerima wang tunai RM 15,000 untuk disalurkan ke pertubuhan yang mereka wakili.

Jadi, gua rasa program Sehati Berdansa nih memang bagus untuk menyemai perasaan atau semangat bantu membantu di kalangan rakyat Malaysia n dapat beri peluang selebriti melakukan kerja2 amal. 2 Thumbs up untuk Astro. Gua memang salut orang2 yang rajin buat kerja2 amal nih.

Tetapi, bila kakak gua cakap yang pemenang nih gak nanti akan dihadiahkan sebuah kereta, gua rasa cam memualkan pulak. Perlu ke diberikan sebuah kereta kepada pemenang? Kalau setakat wang tunai 10 – 15 ribu tuh gua rasa ok lah jugak. Cam amil2 yang terima zakat, mereka pun dibayar juga. Tapi bila bercakap mengenai sebuah kereta, gua rasa cam rugi lah bagi kat pemenang. Lebih bagus kalau kereta itu diberi kepada pertubuhan kebajikan ataupun ditambah jumlah wang tunai sumbangan itu mengikut harga kereta itu. Lagi banyak pertubuhan kebajikan nih akan dapat sumbangan. Tambahan pula, kereta yang dijadikan hadiah itu adalah bukan kereta keluaran tempatan. Sekiranya kereta keluaran tempatan pun, harganya puluhan ribu, apa lagi kereta jenama asing nih.

Kan lebih baik disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Yang gua tau, sekarang nih ramai lagi orang – orang yang tak mampu untuk menerima rawatan dialysis bagi penyakit buah pinggang. Gua tengok kat wad dialysis di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar nih dah agak sendat dengan pesakit. Hanya kerana kat hospital kerajaan kos rawatan dialysis nih agak murah.

Gua bukan apa, pada gua kat Negara kita nih agak jarang kita dengar pertubuhan – pertubuhan kebajikan nih terima sumbangan ratusan ribu ringgit atau mereka mengadakan Fund Raising program.

Jadi, gua harap Astro nih lebih peka n ikhlas dalam membantu pertubuhan kebajikan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau cuba lari dari bayar cukai. Kalau nak bantu, bantu lah dengan ikhlas. Jadikan program Bersamamu sebagai contoh teladan.

Sekian untuk kali nih, jumpe lagi dalam paparan akan datang. Gua nak pergi hospital tengok baby Khuzaifah. So, korang jangan lupa nak menyumbang pulak. Sedekah kan amalan mulia, boleh sucikan harta.

Mr. Ash

The Covenant Advisor

-leave a legacy-

December 27, 2008 Posted by Uncle Ash | Articles | , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | No Comments Yet

Kalau sudah ketentuan Tuhan

Kawan2 yang gua hormati n dirahmati Tuhan sekalian, kali ni gua nak story pasal member baik gua. Nama beliau Saiful Nizam Bin Rahmat, tapi gua panggil beliau Tok Moh Seguntang. Story nih ade cerita gembira bercampur dengan duka sikit.

Tok Moh nih telah selamat menimang baby boy yang pertama beliau hasil perkahwinan dengan Elly Farhana Bte Baharim pada 19 Disember lepas. Baby seberat 3 kg nih diberi nama Khuzaifah Izham Bin Saiful Nizam. Baby Khuzaifah nih dilahirkan melalui pembedahan atau “scissors” kurang 10 hari dari tarikh sebenar jangkaan doktor apabila Elly disahkan terkena jangkitan “Demam Chikugunya”. Baby nih selamat dilahirkan tepat jam 2130 hrs di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Akan tetapi berita gembira ni, kemudiannya dikejutkan dengan pengesahan dari pihak doktor bahawa baby Khuzaifah ini menghidap Komplikasi Jantung yang memerlukan pembedahan segera dilakukan. Setelah berbincang dengan pakar perubatan di HPSF, baby Khuzaifah segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk menjalani pembedahan pintasan jantung hanya 2 hari selepas dilahirkan.

Khabar terbaru yang gua terima dari Tok Moh, baby Khuzaifah akan dibawa ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 31 Disember 2008 untuk menjalani pembedahan jantung kali kedua bagi membetulkan kedudukan salur darahnya.

Jadi, tujuan gua story cerita ni kerana dalam hidup ni memang banyak dugaan yang terpaksa kita alami walaupun kadangkala agak sukar untuk kita fahami maksud yang tersurat dan tersirat disebalik dugaan itu.

Juga, kerana sepanjang pengetahuan gua, Tok Moh amat memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan dan rawatan baby Khuzaifah di IJN nanti. Seperi yang korang maklum, kos rawatan di IJN nih agak tinggi. Untuk makluman, Tok Moh ni bukanlah dari kalangan orang berada mahupun berjawatan besar. Jadi gua rasa terpanggil untuk menolong Tok Moh nih n inilah jalan yang gua rasa gua dapat menolong beliau.

Sekiranya korang rasa ingin memberikan sumbangan seikhlas mungkin, korang boleh menyalurkan sumbangan korang ke akaun yang tertera di bawah nih..

*************************************************************************************************************************

Akaun Semasa Ambank Berhad


The Covenant Advisor


018 – 202 – 200218 – 5

**************************************************************************************************************************

Gua tau sekarang nih banyak cerita2 scam atau “conman” dalam dunia internet nih. Tapi story yang gua bawak nih adalah story benar, bukan rekaan untuk mencari publisiti atau wang. Gua hanya nak membantu member baik gua. Gua tak nak tengok member2 gua dalam kesedihan atau kerisauan. Terserah kepada korang semua untuk menilai sama ada benar atau tidak.

Segala sumbangan dan jasa baik korang semua memang gua hargai n hanya Tuhan lah saja yang mampu membalas budi baik korang.

Kepada Tok Moh n Elly sekeluarga, gua harap lu orang tabah menghadapi dugaan Yang Maha Esa ni kerana gua pasti akan ada hikmah dan cahaya kegembiraan di sebalik segala dugaan yang tok hadapi kali nih.

Gua juga akan sentiasa berdoa agar baby Khuzaifah nih akan selamat menjalani pembedahan n akan membesar seperti kanak2 lain. Semoga Tuhan merahmati baby Khuzaifah Izham Bin Saiful Nizam. Juga, gua pohon dari korang semua untuk turut sama mendoakan kesihatan dan keselematan baby Khuzaifah nih.

Sekian untuk kali nih, semoga bertemu lagi di paparan akan datang. Terima kasih atas kesudian korang untuk membaca blog gua yang tak seberapa nih.

Mr. Ash

The Covenant Advisor

-leave a legacy-

December 25, 2008 Posted by Uncle Ash | my life | , , , , , , , , | 2 Comments

My Dreams Car

SLK

December 23, 2008 Posted by Uncle Ash | my life | | No Comments Yet

Greeting From Us

Dear All,

We at The Covenant Advisor would to take this opportunity to wish you MERRY CHRISTMAS and HAPPY NEW YEAR. Hope 2009 will grant you full of luck and joyous moment. We hope that this festive mood will be with you throughout 2009. We also wish you “All the best”. Keep on invest your money AND LEAVE A LEGACY..

Thank you

THE COVENANT ADVISOR

December 22, 2008 Posted by Uncle Ash | Greetings | | No Comments Yet