The Fraternity

Leave A Legacy

Message To Zionist

Salam Keamanan to All,

Kali nih gua nak tulis mengenai kekejaman Regime Zionis Israel terhadap rakyat dan bumi Palestin. Kali nih satu lagi siri kekejaman dan kerakusan regime zionis Israel dalam usaha membunuh rakyat tidak berdosa Palestin tidak kira kecil, tua atau muda dalam satu Operasi Ketenteraan yang dinamakan Operation Cast Lead.

Gua mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan ke atas Palestin nih. Gua juga nak mengambil kesempatan nih untuk menyampai mesej kepada sekelian pemimpin2 dunia yang duduk kat Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM), Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU), mahupun Pertubuhan Negara ASEAN (ASEAN) nih. Cukup2 lah dengan persidangan. Asyik bersidang jer, tetapi tindakan tak de. Talk Less, Action More. Gua tengok isu Palestin-Israel nih dah berlangsung berdekad lamanya. Tapi, cakap2 dlm persidangan n juga Pelan2 Damai yang dirancangkan tinggal omongan kosong. Tiada tindakan drastic diambil bagi menyelesaikan kemelut nih.

Pada gua, kalau PBB tak boleh nak hantar Pasukan Pengaman ataupun Misi Kemanusiaan ke sana, OIC dan Liga Arab mainkanlah peranan korang dengan matang dan berani. Kita semua tau dalam PBB ada kuasa veto n US yang mempunyai kuasa veto adalah merupakan teman baik Regim Zionis, jadi janganlah kita nih asyik dok mengharapkan PBB. Umpama menunggu kucing bertanduk ataupun PBB dalam kes Palestin-Israel nih gua dah anggap cam kelapa komeng jer. Apa pun takde. Setiausaha baru PBB, Ban Kim Moon, gua ingat dapat mainkan peranan yang lebih bagus dalam hal nih, rupanya lebih kurang jer. Nak harap siapa lagi. Obama?? Dia pun senyap jer. Memencilkan diri plak.

Lagi hebat, Mesir yang menutup pintu sempadannya untuk pelarian Palestin. Kalau Israel yang buat begitu, memang sudah tentu lah. Nama pun musuh. Mesir nih Negara Islam. Diperintah oleh Pemerintah Islam pun turut sama tutup pintu sempadan. Apa nak jadi dengan dunia Islam nih? mana dia semangat perpaduan atau ukhwah Islamiah? Tak paham gua dengan dunia nih.

Syabas gua ucapkan kepada aktivis2 keamanan seluruh dunia yang giat berdemonstrasi menyuarakan bantahan. Tapi gua rasa, regime angkuh Zionis nih, memang pekak kot. Tak dengar suara2 serata dunia yang mengutuk dan membantah dengan keras program persenjataan nih.

Kalau korang tengok Perang Palestin-Israel nih banyak mengorbankan nyawa2 orang awam, wanita, kanak2, n orang tua. Dulu gua penah tengok satu gambar seorang bapa memangku jasad bayinya di tepi tembok sambil dikelilingi oleh tentera Rejim Zionis. Jugak ada satu gambar seorang budak yang menangis hiba memangku jasadnya ibunya yang ditembak mati oleh tentera Rejim Zionis.

Masa gua jadi volunteer Expose War Crime : Criminalise War Exhibition kat PWTC tahun 2007 dulu, gua memang rasa sedih sangat tengok nasib2 mangsa perang terutamanya kanak2 dan bayi2 yang cedera akibat serangan ketenteraan nih. Kat hujung artikel nih, gua ada letak beberapa gambar untuk tontonan kalian.

Lagi pada gua, tak cukup kalau setakat berdemonstasi jer. Kalau boleh, kita pulaukan saje barang2 keluaran US-Israel nih. Nak lagi bagus putuskan jer hubungan diplomatic dengan mereka2 nih. Sebab, kalau nak pulaukan barang2 mereka nih pun agak susah kot. Kita sendiri kat Malaysia nih dah membesar dengan barang2 keluaran mereka. To name a few, Coke, McDonalds, Starbucks etc. Dah jadi cam makanan ruji rakyat kita gak. Susah nak pulaukan benda2 nih. Gua pun sama jer.

Gua ada terbaca artikel tapi gua tak ingat sapa yang tulis n kat mane dia publish tapi gua ingat quote penulis nih “Apabila keadaan ekonomi dunia semakin meruncing, maka jalan terakhir yang akan diambil oleh kuasa2 besar adalah dengan memulakan perang”. Sama2 lah kita fikirkan ayat nih.

Lost not Least, hayati lirik lagu nyanyian John Lennon nih

imagine

gse_multipart9382gazachild image216bloodyfriends-are-hard-to-find

Mr. Ash

The Covenant Advisor

-Leave A Legacy-

January 8, 2009 - Posted by Uncle Ash | Articles | , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment