Seketika Di IJN Part 1 January 9, 2009
Posted by Mr. Ash in Articles.Tags: muar, malaysia, unit, life, institut, jantung, negara, kuala, lumpur, emergency, room, wad, rawatan, melur, ambulan, driver, staff, nurse, kemasukan, pesakit, kos, taksiran, khas, sumbangan, kementerian, kesihatan, pakar, bedah, arterial, switch, ICU, kerosakan, hati, otak, buah, pinggang, nyawa
trackback
Salam,
Korang semua masih ingat dengan story gua Kalau Sudah Ketentuan Tuhan? Kali nih adalah kesinambungan dari story tuh.
Gua memulakan episode baru life gua untuk 2009 dengan agak sedih sikit pasal baby teman gua Tok Moh Seguntang Dewata Alam, Huzaifah Izham akan dibedah pada 9 Januari 2009.
Pada pagi 7 Januari tepat jam 0630hrs, gua dengan tok moh telah berlepas dari Muar menuju ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu kota, Kuala Lumpur untuk mengiringi baby Huzaifah. Gua sampai di IJN buat pertama kali dalam hidup gua, tepat jam 1000hrs. Setibanya disana, baby Huzaifah ditempatkan sementara di Emergency Room untuk observation dari pakar dan menunggu untuk dimasukkan ke wad rawatan.
Setelah menunggu hampir 7 jam di Emergency Room, akibat dari salah maklumat di dalam sistem komputer di IJN, akhirnya baby Huzaifah selamat dimasukkan ke Wad Melur, Tingkat A5, Institut Jantung Negara. Terima Kasih kepada Driver Ambulans, Staff Nurse n Nurse yang membawa baby Huzaifah ke IJN. Walaupun mereka terpaksa menunggu hampir 7 jam baru boleh balik ke Muar, tetapi mereka setia menunggu.
Pada ketika ini memang memberikan cabaran dan menguji kesabaran kami semua. 7 jam menanti tanpa ada apa2 perkembangan dari pihak IJN tetapi kami bersyukur kerana semasa di wad, dari cerita yang kami dengar, ada satu patient yang terpaksa menunggu di Emergency Room selama 2 hari barulah ditempatkan di wad rawatan.
Perkara2 begini yang gua minta pihak IJN meneliti dan mengambil perhatian agar prosesnya menjadi lebih licin dan cepat. Barulah tidak akan ada cerita2 seperti yang biasa kita dengar mengenai agensi2 kerajaan nih. Birokrasi.
Setelah sampai di wad rawatan, baby Huzaifah segera diberi rawatan dan diambil segala rekod2 untuk proses pembedahan nanti. Pada mulanya, kami diberitahu bahawa penjaga yang tinggal bersama baby hanya dibenarkan tidur diatas kerusi malas. Gua agak terkejut dan kesian dengan Elly. Untuk makluman, Elly Farhana, ibu kepada baby Huzaifah masih lagi dalam pantang atau bahasa pasarnya “Tak Lepas Hari” lagi. Jadi, sudah tentulah agak memenatkan dan kesian tengok beliau terpaksa tidur di atas kerusi malas. Sekali lagi, gua agak kecewa dengan IJN. Seharusnya, pihak IJN perlu meneliti dan mengambil berat perkara2 seperti ini. Gua faham IJN tidak mahu mengalami kesesakan di dalam wad tetapi, ibu2 yang belum lepas pantang nih kat agak lemah keadaannya, ditambah lagi dengan tempoh perjalanan serta masa menunggu. Bagilah sedikit kemudahan dan keutamaan bagi mereka2. Tapi, pada malamnya, gua mendapat khabar dari Tok Moh, Elly Farhana telah dipindahkan ke katil yang lebih besar maka, beliau boleh tidur sekatil dengan babynya.
Hari nih, 8 January 2009, pada jam 1100hrs, kami diberitahu oleh pihak IJN bahawa baby Huzaifah akan dibedah esok bersamaan 9 Januari pada jam 0800hrs. Juga pihak nurse di Wad Melur memaklumkan pada jam 1500hrs, kami perlu pergi ke Unit Kemasukan Pesakit untuk berbincang mengenai kos rawatan dan cara pembayaran. Jadi, pada jam 1500hrs, gua bersama Tok Moh turun ke Unit Kemasukan Pesakit. Setibanya disana, kami dilayani dengan ramah oleh pegawai2 disana, kami diberitahu bahawa kos rawatan untuk baby Huzaifah adalah sebanyak RM 35,000. Tersentak gua n Tok Moh mendengarnya. Gua lihat ada titisan kecil air mata mengalir di pipi Tok Moh. Gua jugak agak tersentuh melihat Tok Moh sebegitu. Bagi orang berada apalah sangat RM 35,000 tuh, tapi bagi Tok Moh inilah dugaan yang paling hebat bagi dirinya. Tok Moh tidak dapat menutur kata2 apabila ditanya oleh staff disana sama ada Tok Moh mempunyai wang tunai berjumlah RM 35,000. Sekiranya tiada, pembedahan tidak akan dijalankan. Setelah berunding, staff disana mengesyorkan kepada kami untuk pergi ke Unit Taksiran Khas IJN, Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di lobi IJN untuk memohon bantuan kewangan. 2 thumbs up untuk staff Unit Kemasukan Pesakit. Kemudian, kami bergegas ke Unit Taksiran Khas untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai2 mereka. Setelah berjumpa dan berbincang dengan En Yusof Ithnain dari Unit Taksiran Khas IJN, mereka bersedia menghulurkan sumbangan dan Tok Moh hanya perlu membayar RM2,230 sahaja. Terima Kasih yang tidak terhingga gua ucapkan kepada pihak Unit Taksiran Khas IJN, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bantuan dari pihak tuan memang amatlah kami hargai.
Setelah itu, pada jam 1900hrs, kami didatangi oleh Pakar Bedah yang akan mengetuai pasukan bedah untuk Baby Huzaifah. Kami telah dibrief oleh Pakar Bedah itu mengenai kaedah pembedahan, kepentingan pembedahan dan risiko2 yang dihadapi. Menurut pakar ini, proses pembedahan ini dinamakan Arterial Switch dimana salur2 darah ke jantung baby Huzaifah akan dipotong seketika dan kemudian jantungnya akan diterbalikkan dan salur2 darah itu akan disambung semula. Pembedahan ini akan mengambil masa yang amat panjang iaitu antara 6 jam ke atas. Setelah itu, Baby Huzaifah akan ditempatkan selama 1 minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan belahan di dada baby Huzaifah akan dibiarkan terbuka, hanya ditutup dengan plastik sahaja selama 2 hari. Selepas itu, barulah proses menjahit semula akan dilakukan. Kami juga diberitahu bahawa pembedahan ini amat penting sekali kerana sekiranya pembedahan ini tidak dilakukan Baby Huzaifah tidak akan dapat bertahan dan jangkaan dari pakar itu untuk bertahan selama 1 tahun pun hanya 10% sahaja. Kemudian, pakar itu menerangkan kepada kami, mengenai risiko2 yang ada iaitu macam biasalah nyawa, kerosakan otak, kerosakan hati, kerosakan buah pinggang dan jangkitan kuman. Sekali lagi, kami semua agak terkedu dan terperanjat. Gua lihat muka Nek Moh sedih sekali mendengar perkhabaran itu. Begitu juga dengan Tok Moh Seguntang Dewata Alam. Tapi, pakar itu juga memberitahu berdasarkan pengalaman IJN mengendalikan kes2 seperti ini, risiko2 di atas amat minimum sekali. Kadar kematian atau 1 : 10 dan kadar kerosakan seperti diatas adalah 5:100.
Ok lah, gua nak berehat. Esok pagi seawal 0700 hrs gua nak kena ada di IJN menemani Tok Moh. Nanti gua akan sambung lagi part 2 sekembalinya gua dari Kuala Lumpur nih. Marilah kita sama2 berdoa agar Baby Huzaifah selamat menjalani pembedahan dan akan menjadi seperti kanak2 lain riang ria. Kepada Tok Moh dan Elly, terimalah dugaan dari Yang Maha Esa nih dengan redha kerana semua ini ada hikmahnya dan inilah jalan menunjukkan korang nih sentiasa diingati dan dirahmati oleh-Nya.
Sekian
Mr. Ash
The Covenant Advisor
-Leave A Legacy-












Comments»
No comments yet — be the first.