Dear YB. Ms. Elizabeth Wong
Salam Reformasi,
Kat bawah gua ada letak link untuk satu petition yang mendesak agar YB Ms.Elizabeth Wong dikekalkan jawatan beliau. Sekiranya lu orang menyokong petition ini, lu orang boleh sign petition nih dengan meletakkan nama penuh lu orang.
Segala maklumat ini akan disiarkan. Nama yang tersilap atau tidak lengkap akan dikeluarkan dari petition ini sebelum ia diserahkan. Petition ini akan di serahkan kepada Mentri Besar Selangor, Pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.
Terima Kasih
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
http://www.petitiononline.com/63724385/petition.html
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
This is a petition calling for YB Elizabeth Wong to be reinstated. If you agree to support this petition, you are required to submit your full name i.e. your given name and your last/family name as well as the city/town and state of your residence.
This information will be displayed. Names that appear to be false or incomplete may eventually be dropped from this petition before its submission. Collation of signatures in support of this petition will continue until the end of February 2009 but this is subject to the developments surrounding the issue. This petition together with a list of the signatories thereto will be sent to the Chief Minister of Selangor, the General Leader of PKR as well as the political parties within the Pakatan Rakyat.
Thank You
Eli Press Statement 17 Februari 2009
dari http://elizabethwong.wordpress.com/
The events of the past two days have shown an insidious and underhanded attempt by certain quarters to smear my reputation. My personal life and privacy have been violated.
These people have conspired to undermine my credibility both as a Selangor State Exco Member as well as a Keadilan leader. Although the smear campaign directed towards me has caused me a lot of anguish, I am aware that the real objective is to discredit Parti Keadilan Rakyat.
Ihave done nothing wrong.
I wish to state that I am not ashamed of my sexuality as a woman and as a single person. I have broken no law. I stand by the fundamental principle in a democracy that everyone has a right to privacy.
Parti KeADILan Rakyat stands for ‘new’ politics that holds justice and human rights as core values which transcend gender, ethnicity and class. ‘New’ politics also means we rise above gutter politics.
It is precisely this that I believe that these attacks will continue with greater intensity, and I have no doubt that Umno and Barisan Nasional will continue to manipulate the situation. Accordingly, I have decided to make a stand, in the interest of the party and its struggle for the people. I have received overwhelming support from my family, my constituents, Pakatan Rakyat colleagues, friends and the general public. However, in the interest of my party, I have decided to offer my resignation as a Selangor State Exco Member as well as the State Assemblywoman for Bukit Lanjan.
I will discuss with the Menteri Besar to arrange for the proper handover of my responsibilities. I will continue to serve the people and fight for justice in Malaysia.
Last but not least, I am very grateful to the people who have placed their trust in me and my party, and I thank them for the opportunity that they have given me to serve. Words cannot possibly express my eternal gratitude to outstanding staff members and fellow ADUNs, and most of all, my Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who has given me his unwavering support and the opportunity to work with him.
If I have let anyone down or offended anyone, I offer my sincere apologies.
ELIZABETH WONG
ADUN BUKIT LANJAN
EXCO for Tourism, Consumer Affairs and the Environment
p/s : Gua harap kejadian ini tidak mematah semangat Ms. Eli untuk terus memperjuangkan harapan baru rakyat. Gua akan terus menyokong Ms. Eli..
RPK Ke Kamunting Semula?
Tomorrow, I will probably be detained under the Internal Security Act. Anyhow, before we talk about that, let me start by giving you my prediction for the two by-elections scheduled for early April. – RPK dalam artikel terbaru beliau “Probably my last message to Malaysians“.
Adakah ini bermakna Menteri Dalam Negeri akan sekali lagi menggunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepadanya dengan rakus dan penuh dengan nafsu amarah, dendam berahi terhadap susuk tubuh gempal Raja Petra Kamaruddin?
Gua baru sahaja terbaca headline kat Bernama TV yang mengatakan tahanan ISA-Hindraf P. Uthayakumar yang menghadapi kemungkinan kakinya dipotong kesan dari penyakit Diabetes yang dihadapinya. Seharusnya pihak2 berkenaan dengan berlandaskan prinsip2 hak asasi manusia dan perikemanusiaan membenarkan tahanan2 ISA yang mengalami penyakit kritikal seperti ini menerima rawatan lanjut di hospital2 kerajaan dengan di awasi oleh pihak penjara atau polis.
Kerap kali gua mendengar cerita2 penderitaan dan siksaan oleh Tahanan ISA. Gua rasa dah terlalu banyak. Dah nak muak pun nih. Jadi, bagaimana mungkin untuk gua menolak sama sekali cerita kekejaman dan siksaan dalam Kem Kamunting sekiranya kes2 picisan seperti tidak mendapat rawatan kesihatan lanjut di hospital seperti yang berlaku kepada Mr. P. Uthayakumar menunjukkan contoh2 kejadian.
Hari nih, apabila gua melayari laman blog Malaysian Today, artikel pertama yang menerjah kanta mata gua adalah artikel Probably My Last Message To Malaysian oleh RPK. Walaupun jauh di sudut hati gua, memang terlintas bahawa RPK akan ditahan semula tapi, gua juga menolak sangkaan itu. Gua cuba bersikap optimis bahawa kerajaan Malaysia kelolaan Pemerintah Colonial BN pasti akan menurut langkah2 Kerajaan US kelolaan Barrack Obama yang menutup Kem Guantanamo. Nampaknya, jangkaan gua memang meleset sama sekali.
Gua mengharapkan Kerajaan Malaysia yang menyanjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan, yang juga menyanjung dasar Islam Hadhari tetapi sekali lagi menghalalkan akta yang zalim, yang bertentangan dengan agama Islam diguna pakai demi memenuhi tuntutan nafsu amarah dan ketamakan kuasa segelintir kelompok penguasa. Akhirnya, laungan demi laungan yang menyatakan kerajaan Pemerintah BN mengutamakan rakyat, kerajaan Pemerintah BN mendengar suara dan harapan rakyat, hanya tinggal omongan kosong dan mimpi2 siang yang sudah pasti tidak akan menjadi kenyataan.
Pemerintah BN akan terus menghalalkan segala macam kanun dan undang – undang yang zalim seperti ini walaupun ianya bertentangan dengan prinsip demokrasi, hak asasi manusia hatta agama Islam sendiri. Pemerintah BN lebih sanggup menekan rakyat, mengugut rakyat dengan bermacam2 akta, kanun dan undang – undang yang direkacipta khas untuk memastikan mereka kekal di tampuk pemerintahan negara.
Gua memang menentang akta ISA ini. Kerana akta ini memang secara terang2 telah melanggar prinsip2 perundangan dan demokrasi. “Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibicarakan dan didapati bersalah secara adil dan saksama”. Itulah pegangan gua mengenai undang – undang dan penguatkuasaannya. Selain itu, gua rasa di negara Malaysia ini kita telah mempunyai pelbagai undang – undang dan akta – akta yang boleh dikenakan ke atas tahanan2 ISA ini.
Walau apa pun sebab dan musababnya, setiap tahanan ISA perlulah dibicarakan secara adil. Diberi peluang kepadanya untuk membela diri. Apa kerajaan Pemerintah BN ingat diri mereka nih Tuhan ke? Dah macam firaun pulak gua tengok gerombolan nih. Senang2 sahaja mereka menuduh dan menghukum rakyat2 tanpa ada perbicaraan dan bukti2 kegiatan mereka dihadapkan ke Mahkamah atau tribunal.
Kemudian hari nih jugak, ada berita mengenai ADUN Bukit Lanjan, ELizabeth Wong yang membuat laporan polis mengenai penyebaran gambar bogel beliau. Memang secara moralnya salah. Tetapi, harus dikaji juga apakah tujuan dan motif penyebaran gambar2 seperti ini. Ini boleh dikatakan sebagai melanggar privasi ataupun “Privacy Invasion” yang bertujuan untuk mencalar imej dan kredibiliti individu terlibat. Kes seperti ini mengingatkan gua kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dulu.
Apakah ini satu trend baru politik Malaysia. Menyerang imej individu secara keterlaluan sehingga mengaibkan pada gua tidak boleh dibenarkan di dalam negara kita. Kalau nak bertarung, bertarunglah secara gentleman. Bertarung lah dengan cara menghambakan diri kepada rakyat. Menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat jelata. Bukan dengan cara pondan dan bacul seperti ini. Memang tepat lagi benar sekali, kenyataan dari PAS bahawa orang yang membuat ini lebih dilaknat dari pelacur. Gua juga sependapat dengan PAS. Tak kira la Datuk Chua ke, Eli ke, atau sesiapa sahaja yang menerima aib seperti ini memang gua simpati.
mr. Ash
The Covenant Advisor
-Leave A Legacy-
Wanna Live Far Away From Family? Choose Australia
Why Migrate to Australia?
Australia is the sixth largest nation after Russia, Canada, China, the United States of America and Brazil. However, it has only a relatively small population. It is one of the world’s most urbanized country and has a multicultural society.
The Australian federation consists of six states and two territories namely New South Wales (NSW), Queensland (QLD), South Australia (SA), Tasmania (TAS), Victoria (VIC), Western Australia (WA), Australian Capital Territory (ACT) & Northern Territory (NT).
Australia has one of the strongest and most outstanding economies in the world. Australia’s strong economic growth, low inflation, low interest rate economy has made the economies more vibrant than ever before. There is an efficient government sector, a flexible labour market and a very competitive business sector. Australia has stable and modern institutional structure which provides certainty to businesses and also has a low barrier to trade and investment.
Immigration is an important feature of Australian society. Australia is a home to citizens from 200 countries and this has made a major contribution to shaping the modern society. The federal government sets immigration intake numbers on a yearly basis and the policy is non-discriminatory for all applicants to migrate all must meet the same selection criteria.
Kindly complete the FREE online skill assessment form to see your eligibility to migrate to Australia. Please kindly contact us or complete the online enquiry form if you have further enquiries.
log on http://www.migratetoaust.com
Salut Majalah Tiga

Hari Sabtu lepas, gua menonton rancangan Majalah Tiga. Agak jarang gua menonton rancangan Majalah Tiga nih. Tapi, malam Sabtu lepas, Majalah Tiga mengeluarkan episode yang pada gua cukup bagus untuk ditonton. Mengenai Perang Palestine, kekejaman Israel, nasib rakyat Palestine terutamanya kanak2 dan wanita.
Sedih gak la gua tengok bila wartawan tuh pergi melawat kanak2 yang mengalami penyakit hati, kemudian kanak2 perempuan yang hilang kakinya akibat dari terkenan bom puak Zionis, ke rumah wanita tua dan sebagainya. Paling menyayat hati, bila wartawan nih pergi ke satu dinding di kawasan Pusat Latihan Polis Palestin di mana di dinding putih itu terdapat percikan cebisan2 daging pejuang2 Palestine yang syahid dibedil kejam rejim Zionis. Kemudiannya, mereka terjumpa pula tulang jari anggota Polis Palestine yang mati syahid. Begitu juga apabila mereka pergi ke kawasan di Jeneral Tentera Palestine syahid semasa mempertahankan anak2 buah beliau. Memang menyedihkan dan menghibakan. Tatkala suara wartawan2 itu menjadi sebak, gua turut sama merasakan kesedihan mereka. Memang menjadi la rancangan Majalah Tiga malam tuh. Menusuk jauh ke dalam hati sanubari gua nih. Terasa cam nak pegi Palestine, nak tengok sendiri penderitaan mereka n kalau boleh gua nak pergi sana tolong2 pasukan bantuan kemanusiaan.
Salut dan credit untuk krew penerbitan Majalah Tiga bagi episode Palestine nih. Memang tak tergambar rasanya penghargaan yang dapat gua ucapkan pasal lu orang berjaya menerbitkan sebuah episode yang benar2 meruntun sanubari manusia. Keperitan, kesengsaraan rakyat Palestine dan kezaliman rejim Zionis akhirnya dapat ditunjukkan kepada kita rakyat Malaysia.
Gua pun tak pandai nak komen ape2 lagi. Tapi pada gua, sepatutnya lebih banyak lagi stesen2 TV mencontohi krew2 penerbitan Majalah Tiga yang berani pergi ke wilayah bergolak untuk menunjukkan kepada dunia apakah ertinya perang, penderitaan dan kezaliman. Seharusnya, seluruh krew penerbitan Majalah Tiga ini diberikan pengiktirafan dan penghargaan dari kita rakyat Malaysia dan juga kerajaan Malaysia di atas usaha dan keberanian mereka.
2 thumbs up, Majalah Tiga. Teruskan usaha lu orang. Syabas.
Sekian,
mr.Ash
The Covenant Advisor
-Leave A Legacy-
p/s : Sabtu akan datang nih Majalah Tiga akan menyambung episode di Palestine nih. Kali nih mereka temubual pejuang2 intifada’ Palestine. Jom kita tonton. Jangan Lupa. Pada gua, nih juga cara untuk kita bersimpati kepada nasib bumi Palestine. Teruskan perjuangan.
RAYUAN SUMBANGAN DAN BANTUAN KEWANGAN
Salam hormat,
Kali ni gua nak merayu kepada lu orang pembaca2 blog gua nih untuk meringankan tangan, menghulurkan sumbangan untuk Baby teman gua, Mr. Saiful Nizam Bin Rahmat iaitu Baby Huzaifah Izham Bin Saiful Nizam yang sekarang ini sedang terlantar di Medical Peadiatric ICU Unit di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 7 January yang lepas. Pada bulan Januari yang lepas, gua ada menulis artikel mengenai baby Huzaifah nih. Sekali lagi gua ingin merayu sumbangan seikhlas mungkin dari korang. Di sini gua ada sertakan Surat2 dari pihak IJN untuk rujukan lu orang semua. Untuk makluman, jumlah bayaran bil yang diminta oleh pihak IJN dari 7 Januari sehingga 28 Januari adalah sebanyak RM 82,148.45. Akan tetapi, oleh kerana Baby Huzaifah masih lagi menerima rawatan di sana, kos rawatan dan bil nya akan bertambah dan ini juga memerlukan Mr. Saiful Nizam untuk menyediakan tambahan bayaran deposit. Gua sebagai teman beliau, telah pun meminta bantuan dari Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Muar dan juga dari pihak YB ADUN Maharani, Muar.
Untuk makluman pihak lu orang, En. Saiful Nizam Bin Rahmat hanyalah merupakan seorang pekerja swasta berjawatan sebagai Kerani di IQ Tiar Commerce, No 09-01, Jalan Permas 10/2, Bandar Baru Permas Jaya,81750 Masai, Johor Darul Takzim dan berpendapatan sebanyak RM 1100.00 sebulan manakala isterinya tidak bekerja. Oleh kerana keadaan anaknya yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara maka beliau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anaknya di sana. Hal ini menjadikan kesukaran kepada pihak beliau untuk menjelaskan bil rawatan perubatan anaknya itu. Selain itu juga, untuk makluman pihak Tuan, En. Saiful Nizam Bin Rahmat juga menyara kehidupan datuk dan neneknya yang tinggal bersama – sama dengan beliau.
Sekiranya, lu orang ingin menyumbang, lu orang boleh menghubungi gua kat 017-617 0009 atau Mr. Saiful – 012 – 633 9762 atau pun lu orang boleh terus bank in ke dalam akaun yang tertera di bawah :
********************************************************************************************************************************
Akaun Simpanan Maybank
Saiful Nizam Bin Rahmat
1510 4382 8217
atau
Akaun Semasa Ambank
The Covenant Advisor
018 202 2002 185
********************************************************************************************************************************
Jasa baik dan sumbangan lu orang amatlah gua hargai dan gua ucapkan ribuan terima kasih. Semoga Tuhan merahmati kalian.



Takkan Jebat Sanggup Derhaka
Tergelak besar gua tengok berita malam tadi. Lebih2 lagi bila tengok muka Mr. Oxford cuba melaungkan Daulat Tuanku dan juga pencacai2 upahan UMNO / BN cuba bersuara mengenai kedaulatan Sultan2 dan Raja2 Melayu. Pastu tengok pulak muka Mr. Karpal Singh yang marah menyala2 tuh.
Mula2 gua nak story pasal kedaulatan Sultan2 dan Raja2 Melayu dulu la. Isu besar nih. Mereka2 yang menyertai “ perhimpunan haram” yang menjadi “halal” bila UMNO/BN menyuruh perhimpunan diadakan telah lupa dan memperbodohkan diri sendiri sekali lagi. Memang Melayu UMNO/BN mudah lupa. Nampaknya sajak Tun Mahathir dulu tuh hanya tepat kepada koloni mereka sahaja. Gua rasa penyokong2 Pakatan Rakyat dan warga Malaysia yang bebas dan berfikir tahu mengenai isu kedaulatan Raja2 dan Sultan2 nih. Ada pulak dikalangan “Penghisteria”2 nih yang bawak banner Rukun Negara. “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.
Isu Mr. Karpal Singh untuk membawa DYMM Paduka Sultan Perak ke mahkamah ni hanyalah satu isu remeh sahaja. UMNO/BN amat suka benar menggunakan isu2 picisan seperti ini untuk membangkit sentiment perkauman dan gelora dalam Negara. Biasalah kalau dalam dasar pecah dan perintah nih, memang perkara2 yang boleh menimbulkan ketakutan atau “public panic” nih menjadi senjata berkesan kepada penguasa zalim dan tamak serta jijik lagi menjijikkan nih.
Hari nih mereka bertempik, menjerit, beria-ria marahkan Mr. Karpal Singh. Seolah2 Mr. Karpal nih benar2 derhaka dengan Sultan dan Raja Melayu. Sabar sikit bro. Ingat kepada Tuhan. Cuba lu orang tengok2 balik sejarah Sultan dan Raja Melayu nih. Tengok sapa yang ajar Mr. Karpal nih menderhaka. Tengok jugak sape yang ajar Dato’ Nizar menyembah izin mohon derhaka kepada DYMM Paduka Sultan Perak. Jangan la lu orang cub anak jadi juara isu nih tapi rupa2 nya korang hanya jadi mangsa kebodohan penguasa dan pemimpin korup dan zalim je.
Dulu masa krisis Raja2 Melayu yang menyaksikan hilangnya kedaulatan dan kekebalan Sultan2 dan Raja2 Melayu kalau tak silap gua dalam tahun 1980’s – 1990’s. Sapa yang mencabut taring kedaulatan dan kekebalan Sultan2 dan Raja2 Melayu kalau bukan dari koloni lu orang. Orang Melayu yang namanya memang Melayu, ada “Bin” di tengah2 namanya dan merupakan Presiden United National Malay Organisation (UMNO) ataupun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sendiri. Kalau lu orang tak ingat, meh sini gua tolong ingatkan. Orang itu adalah Mahathir Bin Mohamad. Dialah yang telah menghakis dan mencabut kedaulatan Sultan2 dan Raja2 Melayu. Dia lah juga orangnya yang telah menjadikan rakyat Malaysia hilang rasa hormat kepada istana. Inilah cikgu kepada Mr. Karpal Singh dan juga Dato’ Nizar. Kalau nak buat laporan polis mengenai derhaka kepada Sultan2 dan Raja2 nih, tolong buat laporan terhadap dia nih dulu. Jangan lu orang Cuma buat laporan bila warga Malaysia bukan Melayu atau dari blok Pakatan Rakyat cuba menyaman Sultan, lu orang menjerit2 histeria.
Kemudian, mana lu orang semua terutamanya Mr. Oxford bila puak2 lu orang hina dan memaki hamun DYMM Sultan Terengganu merangkap DYMM Yang Dipertuan Agong dulu. Tak ingat lagi ke? Masa perlantikan MB Terengganu dulu tuh. Bila Idris Jusoh yang korup lagi mengkorupkan tuh ditolak istana untuk jawatan MB. Lu orang tak pulak jadi hysteria bila puak2 lu yang buat. So Penghisteria2 sekalian, nape tak tangkap jer puak2 Idris Jusoh dulu? Alih2 kali nih, lu pulak nak jadi hero. Nak jadi superman plak. Konon2 lu memang mempertahankan Sultan2 dan Raja2. Haha..gua rasa memang lu nih tak berpijak dibumi yang nyata dan lu semua nih patut balik semula sekolah menengah belajar balik Sejarah.
Kalau benar2 dan ikhlas sekali nak mempertahankan institusi Raja2 dan Sultan2 Melayu, gua cabar parti pemerintah BN, kembalikan kuasa dan kedaulatan Sultan2 dan Raja2 Melayu. Hapuskan apa yang Mahathir Bin Mohamad telah lakukan ke atas Sultan2 dan Raja2 Melayu. Ikut apa yang tercatat di dalam Rukun Negara. Tangkap mereka2 yang menderhaka dan menghina DYMM Sultan Terengganu dulu. Wahai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, nape kamu tidak tangkap mereka2 nih dulu? Nape tak di ISA kan mereka2 nih? Nape tak dakwa mereka di dalam akta Hasutan? Mereka2 yang menghina DYMM Sultan Terengganu dan mereka2 yang menyokong penghapusan kedaulatan Sultan2 dan Raja2 Melayu nih dulu telah menghasut rakyat untuk tidak menghormati institusi Istana.
Allow me to remind you this, Mr. Oxford. Mungkin lu takde di Malaysia masa 2 kejadian nih berlaku. Jadi Mungkin lu terlupa dan terlepas pandang sebelum lu cuba jadi superman. Gua memang berterima kasih atas apa yang lu buat untuk mempertahankan kedaultan Raja2 dan Sultan2 Melayu. Tapi, biarlah sesuatu yang nak dibuat tuh menyeluruh dan bukan Sekadar melepaskan batuk ditangga. Takut terkena penyakit batuk berdarah nanti, tak sempat pulak nak capai cita2 jadi Ketua Pemuda UMNO.
Satu lagi, gua dapat sms dari teman gua. Beliau cakap “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”. Takkan Jebat sanggup derhaka…
Kemudian, gua nak story pasal Mr. Karpal Singh nih pulak. Interesting tengok muka dia bila marah tadi. Ayoo, Mr. Karpal, tu yang jadi katak bukan orang PKR saje la, orang DAP pun ada. Tapi, gua bukan nak gaduh2 dengan DAP. Buat apa kita nak gaduh2?
Ayoo..lu tak paham ker? Itu katak askar sama katak puru tuh, memang suka makan rasuah. Biar dia pegi masuk BN la. Nanti rakyat mesti akan nampak betapa buruknya katak2 nih. Nanti bila mereka bebas dari kes rasuah tuh, rakyat Perak n Malaysia mesti akan sedar punya.
Ayooo Mr. Karpal, kita jangan ikut BN punya sikap la. Bila kalah dan hadapi kesukaran jer tuding kat orang lain. Cari kambing hitam nak lepaskan tanggungjawab. Itu tak baguslah. Patut, kita sama2 usaha dan kuatkan pakatan kita. Gua tau Mr. Karpal memang bijak. Mr. Karpal kan “The Best Lawyer in Town”. Jangan marah2 la. Muka sudah tak hensem lagi.
Kita kena ambil tanggungjawab nih bersama2. Bukan masa menang saja kita bertanggungjawab. Bila jadi setback cam ni, kita sama2 berani pikul tanggungjawab. Kenapa masa PRU 8 MAC bila 5 negeri + 1 wilayah jadi milik pakatan, kita tak pulak cakap itu kejayaan si polan tuh, si polan nih. Kita cakap ini kemenangan pakatan. Ini usaha bersam pakatan. Tapi bila jadi tragedy nih, ini salah Anwar. Dia perlu bertaubat. Dah banyak kerosakan dia buat kat Malaysia nih. Saya saja yang maksum. Tak pernah buat salah. Perfect Man. Mana boleh keluar kenyataan seperti nih. Serupa saja dengan puak2 UMNO bila dapat keputusan PRU dulu. Pak Lah salah. Pak Lah itu, Pak Lah ini. Pak Lah kena letak jawatan.
Gua yang setakat cicak kobing dalam Pakatan Rakyat nih pun tau nak pikul tanggungjawab. Gua pun bersalah gak tak mengingatkan pimpinan mengenai taktik dan strategi jijik UMNO/BN nih. Gua sendiri leka dibuai mimpi2 indah PRU ke 12 dan PRK. Langsung terlupa mengenai aspek pertahanan Pakatan Rakyat. Terlalu sangat dengan strategi menyerang. Tapi, dengan tragedy ini, gua pasti Pakatan Rakyat dan diri gua sendiri pasti lebih berhati2 dan membuka mata dengan perkembangan sekeliling.
Gua bukan nak menang2 kan sape2. Gua Cuma tak nak kita berpecah. Gua rasa dalam Pakatan Rakyat nih cukup harmoni. Satu impian yang belum gua kecapi. Untuk hidup dalam suasana harmoni antara kaum di Malaysia tanpa ada fahaman sempit perkauman. Gua nampak dalam Pakatan Rakyat nih saje jalan untuk mencapai agenda nih. Sejak gua jadi AJK AMK Bahagian Muar dan Biro Multimedia nih, gua rasa gua lebih mudah dapat teman2 dari kalangan bukan Melayu. Gua boleh bersahabat dengan teman2 Cina dan India dari DAP & PKR. Masa gua sekolah2 dulu pun, susah nak dapat bersahabat erat dengan kaum2 berlawanan bangsa nih. Sampai sekarang nih, gua rasa kalau diizinkan Tuhan, gua nak kahwin dengan wanita bukan dari bangsa Melayu. Gua nak biar masyarakat Malaysia semakin majmuk. Macam kata RPK kalau tak silap, kalau boleh beliau nak buat undang2 melarang perkahwinan sesame bangsa nih untuk galakkan hubungan antara kaum dan elakkan prejudis perkauman.
Ayuh, kita jadikan tragedy Perak nih sebagai pengajaran dan pengalaman berguna dalam perjuangan kita. Kita perlu sedar dan bersedia menyediakan pertahanan yang ampuh tatkala kita menyerang. Kita perlu semakin rapat dan erat dalam menghadapi musuh2 kita. Jangan kita bercakaran seperti anjing dan kucing, kerana yang gembira pastinya tikus2. Kita gunakan segala yang kita hadapi hari ini sebagai bekalan untuk menghadapi PRK Parlimen Bukit Gantang, Pilihanraya Sarawak dan PRU akan datang. Pada gua, tragedy Perak nih amatlah kecil dibandingkan dengan perjuangan kita untuk merakyatkan Negara. Kita hanya kehilangan kuasa sahaja. Kita belum lagi kehilangan sokongan rakyat. Kita harus pastikan bahawa rakyat mengetahui mereka tidak tersilap memilih kita dan akan terus memilih kita. Ini yang lebih penting.
Mengenai cerita katak2 lompat si katak lompat nih, gua rasa bukan satu isu baru. Isu lapuk. Bukan sekarang nih jer terjadi. Dah lama dah. Dulu2 zaman atok2 gua dan bapa gua pun dah jadi benda nih. Dulu kat Sabah. Pastu kat Kelantan pun penah jadi. Kalau tak, kita takkan ada “Raja Katak”, Dato’ Ibrahim Ali. Gua tak mau komen pasal katak2 nih lagi. Jijik rasanya bila kita jadi katak hanya untuk melepaskan diri dari kes rasuah dan tak dapat pakai Toyota Camry nih. Hahaha..
Untuk makluman la, dari apa yang gua dengar dalam wawancara di Astro Awani beberapa hari lepas, kalau 16 September ari tuh, masa Dato’ Seri Anwar memulakan hunt for the frog nih, beliau mempunyai misi dan visi untuk merampas kerajaan pusat supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pelbagai lagi insitusi2 penguatkuasaan undang2 di reform kan dan diperbetulkan supaya kes2 rasuah, salahguna kuasa, dan penyimpangan dari dasar penubuhan mereka nih dapat diminimumkan. Mereka2 nih perlu dibawa pulang ke pangkal jalan. Jauh sangat dah sesat. Kemudian, setelah itu, Sidang Parlimen akan dibubarkan untuk memberikan peluang kepada warga Malaysia yang bebas dan merdeka nih memilih calon2 pimpinan dan wakil2 kawasan mereka dalam satu pilihanraya yang telus, adil dan bersih. Jadi, Malaysia akan ditadbir oleh mereka2 yang memahami dan menjiwai aspirasi kebajikan rakyat sahaja. Tak kira sape yang menang, sekiranya institusi2 penguatkuasaan nih kredibilitinya dihormati, sudah pasti Malaysia yang lebih sempurna dan maju akan lahir.
Jadi, ada perbezaan di antara Hunt For The Frog di pihak Pakatan Rakyat dengan BN. BN mencari dan memelihara katak2 nih untuk kepentingan dan kekuatan kuasa mereka sahaja sedangkan Pakatan Rakyat mencari katak2 nih untuk memulihara system pentadbiran dan penguatkuasaan undang2 di Malaysia.
Sekonyong2 timbul pula berita, keretakan dalam Pakatan Rakyat. Lalu, timbul lah dua muka yang berasal dari negeri gua nih memberikan komentar. Mula2 sekali, bakal TPM la kan, gua gelar beliau sebagai Mr. Rizab Melayu. Gua bangga nih. Beliau nih orang satu daerah dengan gua. Orang Muo. Lalu, berkatalah Mr. Rizab Melayu, inilah Pakatan Rakyat. Tak kuat. Rapuh. Mudah bercerai. Asyik bercakaran. Kemudian, kata Bakal Naib Presiden keris nih, Mr. Karpal nih orang bijak. Orang besar2 DAP. Kalau kenyataan dari Mr. Karpal nih, kita kena pandang serius. Haha..sekali lagi gua tergelak besar.
Biar gua cuba jawapkan sikit la. Nanti Pakatan Rakyat akan keluarkan statement gak.
Mr. Rizab Melayu dan Mr. Keris, gua nampak isu nih merupakan ketelusan Pakatan Rakyat dalam menghormati dan memberikan kebebasan bersuara dan memberikan pendapat kepada setiap lapisan ahli dan penyokongnya. Walaupun, komentar2 seperti ini berbahaya dan mempunyai peluang yang amat tinggi untuk dimanipulasikan, Tetapi, pimpinan Pakatan Rakyat tidak gentar. Tiada usaha untuk menutup ruang2 bersuara dan memberikan pendapat diantara kami. Tak seperti dalam komponen anda. Nak bersuara jer, kena cantas ataupun “political suicide”. Bersuara tak senada dengan pimpinan walaupun pendapatnya ada kebenaran, kena pijak. Nak gua namakan contoh ker? Dato’ Zaid Ibrahim menentang ISA, untuk siapa? Bukan untuk diri beliau sahaja, tapi untuk rakyat marhain seluruhnya, dipecat. Jawatankuasa MIC, gua lupa namanya, baru bercadang nak lawan Presiden, dah kena pecat.
Jadi, kat sini gak menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat menjamin kebebasan bersuara dan melahirkan pendapat. Setiap suara dan pendapat akan didengari supaya urusan pentadbiran akan berjalan dengan baik dan telus. Kadang2 ada pendapat2 yang baik datangnya hanya dari seorang Pengangkut Sampah. Kadang2 ada juga pendapat yang buruk datang dari seorang CEO. Tak semestinya pendapat mesti datang dari orang atas sahaja. Kadang2 orang2 susah begini yang lebih memahami keperitan dan kesengsaraan hidup.
Kalau nak tulis nih banyak rasanya. Gua belum lagi sentuh mengenai kenyataan Ratu Pelancongan kita yang suka ber taekwando tuh. Nak cerita pasal biadap tak biadap nih, derhaka tak derhaka nih, memang panjang berjela. Nanti lu orang pembaca plak boring. Lagipun gua yang menulis nih lagi la rasa boring. Hahaha…ok lah. ”Takkan Jebat Sanggup Menderhaka, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Apa2 pun ini Cuma pendapat gua sahaja. Terserah kepada budi bicara dan akal lu orang semua.
p/s : Takziah gua ucapkan kepada seluruh keluarga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak, YB Roslan Shaharom dan juga pimpinan PAS Negeri Perak di atas kembalinya ke Rahmatullah YB Bukit Gantang hari ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatasnya. AL – FATIHAH. Juga harapan gua kepada ADUN Bukit Selambau merangkap EXCO Negeri Kedah, YB Arumuguam yang telah melepaskan jawatannya sebagai ADUN agar sentiasa tabah dan cekal dalam menghadapi musuh2 perjuangan politik. Semoga YB sentiasa sukses dalam setiap lapangan yang diceburi. Terima Kasih kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat Bukit Selambau dan EXCO Kedah dengan jayanya.
Sekian,
Mr. Ash
The Covenant Advisor
-Leave A Legacy-
Maka Rakyat Perak Tertipu Lagi
Terkejut gua menerima berita pergolakan politik di Perak yang akhirnya menyaksikan DYMM Paduka Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat Perak meletakkan jawatan. Tulisan ini bukanlah hendak mempersoalkan kebijaksanaan Paduka Sultan atau menderhaka kepada DYMM Paduka Sultan. Gua tidak berdukacita atau gusar sekali dengan tragedy ini. Jauh sekali, perasaan marah. Cuma, gua agak terkilan dengan cara permainan politik kotor dan sempit tajaan Barisan Nasional.
Amat benar sekali, acara lompat melompat Umpama katak nih dicanangkan pada 16 September tahun lalu oleh De Facto PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mungkin ada yang beranggapan bahawa strategi Dato’ Seri Anwar nih memakan diri. Tetapi, jika kita flashback kembali sejarah2 politik tanahair, “menjadi katak” nih dah berlaku berzaman lamanya. Bahkan menurut ahli panel dalam wawancara di Astro Awani malam semalam, mengkatakkan diri nih telah berlaku sejak dari zaman pemerintahan Perdana Menteri Ke 2 lagi, iaitu ayahanda TPM sekarang nih. DI Sabah dan Kelantan misalannya. Bahkan dulu, Dato’ Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas yang bertanding di bawah tiket PAS dalam PRU ke 12 juga digelar “Raja Katak”.
Juga biarlah gua catatkan di sini apakah rasionalnya penghijrahan 16 Sepetember dulu tuh. Menurut ahli panel dalam wawancara Astro Awani, tujuan Pakatan Rakyat inginkan penghijrahan adalah supaya Pakatan Rakyat mempunyai majority di Parlimen untuk melakukan kerja2 reformasi SPR dan institusi2 lain yang penting di Malaysia. Selepas tuh, Pakatan Rakyat akan memohon untuk membubarkan parlimen bagi menjalankan Pilihanraya Umum diadakan semula dengan lebih adil, telus dan berwibawa. Selepas tuh, sesiapa yang mempunyai majority untuk membentuk kerajaan akan dihormati dan di terima oleh segenap lapisan masyarakat. Tak baguskah nih? Bukankah hak dan kuasa kita sebagai warganegara Malaysia lebih terbela?
Gua merasakan tragedy yang berlaku di Perak nih bukanlah satu pentanda kerapuhan atau kegagalan Kerajaan PR Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Nizar. Tapi, lebih kepada ketakutan 2 ekor katak yang terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa dimana kes mereka nih sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ipoh. Gua memang akan menjadi peminat setia kes 2 ekor katak nih sebagaimana gua menjadi peminat setia kes Altantuya. Tetapi, gua berasa amat yakin sekali, bahawa 2 ekor katak nih tidak Mungkin akan didapati bersalah. Sudah pasti, BN akan menggunakan segala jentera2 kerajaan untuk memastikan katak2 nih terselamat. Kenapa gua amat yakin? Sekiranya 2 ekor katak nih didapati bersalah dan dihantar ke Penjara maka, sudah pastilah pilihanraya kecil bagi 2 DUN perlu diadakan. Ini pastinya akan merunsingkan kepala bakal PM kita. Seharusnya, BN menjadi takut dengan suara rakyat setelah tewas 2 kali dalam pilihanraya kecil. Kita tengok sajalah betapa takut sekali BN untuk menyahut cabaran dari Dato’ Nizar untuk membubarkan DUN Perak dan mengadakan piliharanya Negeri. Gua menyokong penuh rancangan untuk mengadakan piliharaya negeri. Biar rakyat Perak sendiri tentukan siapa yang mereka mahu. Nasib seluruh rakyat Perak bukanlah terletak di tangan 3 orang yang jelas mempunyai agenda dan perancangan untuk menyelamatkan leher masing2. Sekiranya, selepas piliharaya negeri diadakan dan rakyat telah memilih dan memberikan mandate 2/3, pihak yang tewas perlulah menghormati keputusan dan teruskan bekerja membangun kawasan masing2. Jangan kita asyik lagi bermain dengan politic game nih tatkala ekonomi Negara terumbang – ambing.
Sekali lagi, rakyat Negeri Perak telah diperbodohkan oleh BN. Rakyat Perak harus bangkit menzahirkan suara mereka. Rakyat Negeri Perak Seharusnya membuat petisyen ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak memohon agar diadakan pilihanraya negeri. Agar suara anda dan amalan demokrasi anda sentiasa dihormati dan hak anda sebagai rakyat Perak serta pembayar cukai dilindungi. Anda telah membuat keputusan pada 8 Mac tahun lalu, adakah anda ingin keputusan dan suara hati anda dipermain – mainkan oleh segelintir pemimpin yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Tanyalah pada diri anda? Anda mampu mengubahnya. Barisan pimpinan negeri adalah merupakan hak pilihan anda. Dengan penubuhan kerajaan BN di Perak dengan majority hanya 3 kerusi sudah pastilah tidak kukuh dan kental. Majoriti yang lebih besar harus ada. Jalannya adalah pilihanraya negeri perlu diadakan. Apakah rakyat Perak mahu lihat lagi krisis2 pentadbiran seperti nih berlaku lagi 6 bulan dari sekarang, 1 tahun dari sekarang atau bila2 masa dari sekarang? Tidak mustahil untuk berulang lagi. Tiada yang mustahil dalam situasi seperti nih. Adakah BN begitu yakin bahawa ADUN2 mereka yang tidak dipilih tidak akan merasa kecewa selepas MB dan Barisan Exco baru Perak mengangkat sumpah? Bagaimana sekiranya selepas nih terjadi lagi perkara2 mengkatakkan diri nih? Apakah rakyat Perak ingin melihat lagi krisis pentadbiran dan politik nih terjadi sekali lagi? Fikir2 kan lah.
Kepada Dato’ Seri Nizar, gua rasa pemerintahan dan kredibiliti Dato’ Seri memang bagus sekali sehinggakan BN begitu terdesak untuk mencari jalan sebegini rupa. Ketakutan mereka amat terserlah sekali. Sudah tentu, mereka gusar sekali dengan program2 kebajikan dan pembangunan serta jalinan kerjasama di antara negeri2 dibawah naungan Pakatan Rakyat yang jelas menyebelahi rakyat jelata. Dengan negeri Kelantan dijadikan role model pemerintahan, BN mempunyai keyakinan bahawa mereka tidak akan mampu merampas kembali negeri2 nih dalam pilihanraya. Maka, jalan jijik ini dipilih untuk menghalalkan pemerintahan mereka. 2 thumbs up untuk Dato’ Seri Nizar. Pada gua, PR tidak kalah dalam meraih sokongan rakyat. Dato’ Seri Nizar dan pimpinan PR Perak telah menjadi pemain yang terbaik dalam permainan politik Perak nih. Mereka telah bermain dengan jujur, adil, telus dan penuh gentleman. Tetapi, menerima kesan akibat dari strategi kotor lagi menjijikkan dan busuk lagi membusukkan oleh lawan mereka yang dayus, pengecut dan lemah.
Gua juga ada terbaca coretan hati dari veteran UMNO bahawa, jika BN menggunakan cara jijik nih untuk memperoleh kuasa maka masa untuk BN dimakamkan sudah semakin jelas dan hampir. Pilihanraya Umum akan datang akan menyaksikan kebangkitan rakyat menolak pemerintahan konglomerat yang memualkan dan menjijikkan nih. Jam politik mereka telah bermula. Rakyat akan mula mempersoalkan kredibiliti BN dan Mungkin rakyat Perak khasnya akan mula membandingkan corak pemerintahan kebajikan PR dengan pemerintahan konglomerat BN. Dan di Piliharaya Umum akan datang, bukan sahaja di Perak, bahkan gua amat yakin dan percaya sekali BN akan di tolak secara total di semua negeri hatta di Negeri kelahiran UMNO dan juga diri gua nih, Johor Darul Takzim. Gua berjanji akan turut sama berusaha gigih untuk memastikan Pakatan Rakyat akan menguasai Pemerintahan Malaysia dalam Pihanraya Umum pada 2013 nanti.
Jadi, kepada penyokong2 dan ahli2 Pakatan Rakyat tak kira dari PKR, PAS atau DAP janganlah kita merasa dukacita dan hiba dengan perkembangan yang berlaku di Perak. Sebaliknya, peluang nih kita gunakan untuk menilai kelemahan2 strategi kita, menyelesaikan permasalahan dalaman, dan berganding bahu dalam memastikan sinar kejayaan kita akan terus menyala. Barisan pimpinan Pakatan Rakyat juga Seharusnya menjadikan perkembangan nih sebagai satu iktibar dalam memilih calon2 untuk bertanding di Pilihanraya akan datang.
Ayuh, kita jadikan pengalaman nih sebagai pemangkin semangat dan iltizam dalam hati dan jiwa kita mempersiapkan diri menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak nanti. Ayuh, kita jana kekuatan parti kita bersama. Kita harus teguh dan memantapkan program2 kita dalam menjalin hubungan yang lebih erat dengan rakyat. Perjuangan menuju Putrajaya mesti diperkemaskan lagi dan persiapan menghadapi piliharaya umum akan datang perlu bermula dari sekarang. Kita juga perlu memastikan sokongan dan perhatian rakyat sentiasa memihak dan bersama kita.
Gua akhiri tulisan gua dengan “Mengalah Bukan Bererti Kalah, Diam Bukan Bererti Lemah”. Mengalah kita hari nih, diam kita hari nih bukan bererti kita bodoh, bukan bererti kita lemah, bukan bererti kita takut. Tapi, kita isikan dalam jiwa perjuangan kita dengan semangat perjuangan Rasulullah S.A.W. Kita isikan dalam jiwa perjuangan kita dengan semangat kental pejuang2 kemerdekaan dahulu. Biar, BN terus merasakan takbur, bongkak, dan selesa dengan kedudukan mereka hari nih. Sesungguhnya, segala yang berlaku hari nih ada hikmahnya.
Mr.Ash
The Covenant Advisor
-Leave A Leagcy-
Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris : Sekadar Pendapat Gua.
Isu yang menarik perhatian gua untuk gua story dalam blog kali nih berkenaan dengan medium pengantar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI. Gua tengok isu nih memerlukan perhatian dari segenap lapisan masyarakat. Bukan sahaja untuk golongan akademik ataupun golongan veteran sahaja yang perlu memikirkan dan menyuarakan pendapat bahkan golongan muda juga perlu turut sama menyuarakan pandangan dan pendapat. Isu nih akan melibatkan generasi kita akan datang. Mungkin satu masa nanti anak gua juga akan menempuh keadaan ini.
Pada pandangan gua, Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris nih memang memerlukan kajian mendalam dan menyeluruh dan melibatkan seluruh anggota masyarakat bukan hanya terhad kepada mereka2 yang berada di dalam Kementerian Pelajaran ataupun ahli2 akademik sahaja. Satu tinjauan pendapat umum mengenai isu ini perlu dilakukan bagi menilai tahap kemajuan perlaksanaannya. Tinjauan pendapat ini perlulah melibatkan ahli2 akademik di universiti2, pakar2 dari Kementerian Pelajaran, Guru2, Ibu Bapa dan juga pelajar sendiri.
Mengikut hasrat dan tujuan perlaksanaannya dulu, PPSMI nih sepatutnya akan melahirkan ramai bumiputera yang pakar dalam bidang sains dan matematik satu hari nanti disamping memudahkan pelajar2 apabila mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga, tujuannya sangat murni adalah untuk menjadikan setiap rakyat Malaysia mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris seterusnya meningkatkan daya saing pelajar2 Malaysia.
Memang sangat murni tujuan dan hasrat ini. Pada mulanya, gua juga merasakan ada faedahnya kepada anak2 generasi pelapis ini walaupun ia meminggirkan bahasa Melayu. Ketika itu, gua amat tertarik pada alasan untuk menjadikan setiap rakyat mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Pada gua, tak salah kita kuasai bahasa asing kerana dengan penguasaan bahasa yang baik akan membolehkan kita mengejar kemajuan dan menjadi lebih berilmu.
Namun, setelah beberapa tahun perlaksanaannya, gua rasakan PPSMI nih terlalu banyak kelemahan dan tidak mencerminkan hasrat dan sasarannya. Jumlah peratusannya yang benar2 menguasai 2 cabang ilmu hebat ini juga agak membimbangkan setelah perlaksanaannya.
PPSMI ini lebih memberikan kelebihan kepada anak2 pelajar Bandar dan golongan menengah dan atasan sahaja sambil terus memencilkan anak2 pelajar sub-bandar dan luar Bandar yang rata2 nya berasal dari golongan bawahan.
Sains dan Matematik ini bukanlah satu matapelajaran yang mudah. Juga bukan satu matapelajaran yang memerlukan kemahiran menghafal semata2 sebaliknya adalah matapelajaran yang memerlukan pemahaman dan dan hafalan teori2 dan konsep2 di dalamnya. Jadi, adalah lebih mudah dan memberikan kelebihan sekiranya matapelajaran ini diajar di dalam bahasa kebangsaan untuk memudahkan pemahaman.
Cuba kita lihat negara2 maju seperti Jepun, Korea, China hatta Amerika Syarikat sendiri menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai medium pengantar. Mereka maju juga. Kenapa gua katakana Amerika Syarikat menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai medium pengantar kerana kebanyakkan teori2 dalam sains dan matematik asalnya menggunakan bahasa2 Yunani, Rom, Latin dan sebagainya. Mereka telah mengalih kepada bahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan masing2 bagi memudahkan pelajarnya memahami dan menguasai 2 cabang ilmu ini.
Sekiranya, kita terus menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai medium pengantar seperti zaman2 gua sekolah dulu, kita bukan sahaja memudahkan pelajar2 bahkan juga, kita sebenarnya menggalakkan perkembangan bahasa Kebangsaan kita sendiri disamping membuka peluang2 pekerjaan sebagai penterjemah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan juga peluang2 perniagaan untuk penerbitan buku2 terjemahan. Sedikit sebanyak perkara ini mampu menyumbang kepada ekonomi Negara.
Sekarang ini, kita lihat Dewan Bahasa dan Pustaka seolah2 telah lama dikuburkan. Kita tidak lagi mendengar atau mengingati Dewan Bahasa dan Pustaka. Silap2 ada2 yang tak tahu kewujudan Dewan Bahasa dan Pustaka. Seharusnya, DBP memainkan peranan yang lebih aktif dalam memperkasakan bahasa kebangsaan. Tetapi DBP hanya tinggal bangunan. Umpama manusia yang tinggal rangka tubuh tanpa isi dan kulit lagi.
Gua rasa gua pernah mendengar Profesor DiRaja Ungku Aziz memberikan hujah2 beliau mengenai perkara ini. Seingat gua menurut beliau, sekiranya kita mahu anak2 kita menguasai bahasa Inggeris maka kita perlu mengajar mereka bahasa itu. Bahasa adalah bahasa. Kita perlu belajar grammar, adjectives, noun, spelling, pronunciation dan sebagainya barulah kita boleh menguasai bahasa Inggeris. Memang benar dan tepat hujah beliau.
Di kawasan gua nih, kebanyakan masyarakat luar Bandar memang mempunyai masalah di dalam bahasa Inggeris. Kakak gua dulu pernah mengajar di sebuah sekolah menengah di Rengit, Batu Pahat. Sebuah kawasan luar Bandar. Kakak gua mengajar Bahasa Inggeris di sana. Menurut cerita beliau, ada di antara pelajarnya yang memang tidak ada asas langsung bahasa Inggeris. Hinggakan pertanyaan simple seperti “Where’s your paper” dan “put your paper on the table” pun tidak difahami. Bagaimanakah pula mereka untuk memahami apa itu “sequence”, “multiply”, “divide” dan sebagainya. Mereka2 ini adalah merupakan pelajar2 sekolah menengah. Selangkah sahaja lagi mereka akan meninggalkan dunia persekolahan.
Mereka2 yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris ini, sudah pasti ketinggalan dalam ilmu itu. Janganlah kita menghukum mereka lagi dengan menjadikan mereka lemah di dalam matapelajaran2 lain. Cukuplah sekadar mereka lemah di dalam satu matapelajaran sahaja. Sekiranya, di ajar dalam bahasa Kebangsaan, kalaupun tidak cemerlang pengusaaannya, sederhana pun jadilah. Sekurang-kurangnya itu boleh membantu mereka untuk menyambung pelajaran di dalam bidang teknikal seperti di Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Giat Mara dan sebagainya. Sudah tentu pusat2 pengajian teknikal ini memerlukan calon2 yang memohon lulus di dalam Sains dan Matematik.
Mereka2 yang di Bandar dan berasal dari golongan sederhana dan atasan mampu untuk menghadiri kelas2 tambahan intensif di luar sekolah untuk memperbaiki skill dan mempertajamkan lagi ilmu2 di dalam bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Tetapi, bagi pelajar2 luar Bandar dan berasal dari golongan bawahan, mereka hanyalah mengharapkan sekolah sebagai tempat untuk menimba ilmu. Seperti yang diketahui, kadang kala di sekolah, waktu pengajaran bagi satu matapelajaran hanyalah sekitar 40 minit bagi satu masa. Sekiranya di dalam kelas mempunyai 20 orang pelajar, setiap guru hanya boleh memperuntukkan 2 minit bagi setiap pelajar dalam satu masa. Cukupkah 2 minit itu, untuk seorang guru menghuraikan segala kekusutan yang dialami pelajar? Di rumah pula, ibu bapa tidak memahami bahasa Inggeris. Dimanakan pelajar2 seperti ini boleh mengutarakan soalan2 yang tidak difahami? Mereka akan memendam sahaja. Sedikit demi sedikit, akhirnya akan timbul perasaan bosan dan hilang minat terhadap 2 matapelajaran ini. Lalu, mereka ini akan terus keciciran.
Hendak dibebankan kepada guru2 amatlah tidak adil sekali. Sangat kejam kita semua untuk mencuri lagi masa2 berkualiti yang diperlukan oleh keluarga guru2. Guru2 sudah sedia dibebankan dengan tanggungjawab yang amat besar dan mulia. Mendidik dan membentuk peribadi seseorang manusia bukanlah satu tugas mudah. Guru2 juga sepanjang pengetahuan gua, terpaksa juga menyiapkan kerja2 pentadbiran seperti kelab, persatuan, sukan dan sebagainya. Bahkan, gua ada mendengar guru2 terpaksa membuat kertas kerja. Juga, ada diantara guru2 yang terpaksa mengorbankan masa sehingga balik rumah pun dah lewat petang. Bebanan tambahan seperti ini sudah tentu akan menjadikan guru2 ini stress dan melemahkan moral mereka. Tugas dan bebanan sudah banyak, harapan ibu bapa pula tinggi. Kasihan gua tengok komuniti guru2 nih.
Gua rasa Kementerian Pelajaran seharusnya mengkaji semula perlaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin sudah sampai waktunya, perlaksanaannya ditangguhkan atau dihentikan terus. Gua menyokong penuh usaha2 GAPENA dan pertubuhan2 NGO yang memperjuangkan isu ini. Kementerian Pelajaran juga seharusnya berhati2 untuk membuat sesuatu dasar yang melibatkan masa depan anak2 pelajar sekolah pada masa akan datang. Setiap dasar yang ingin dibuat perlulah disertakan dengan kajian yang menyeluruh dan kalau boleh dapatkan tinjauan pendapat umum. Kadang2 dasar2 ini memang nampak cantik di atas kertas, tetapi realitinya hodoh dan memualkan. Janganlah kita asyik melakukan perubahan2 yang merugikan. Hindarkan eksperimen2 yang boleh memperjudikan masa depan aset2 modal insan Negara ini – merekalah pelapis yang bakal mencorak hala tuju Negara kita nanti. Renungilah kata2 ini “SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA BUAT HARI INI MENCERMINKAN KEADAAN AKAN DATANG”.
Gua bukanlah pejuang Bahasa Melayu, gua juga bukanlah anti Bahasa Inggeris, Jauh sekali anti – pembangunan. Cuma yang gua harapkan biarlah sesuatu yang kita lakukan hari ini tidak merugikan akan datang. Cukuplah dengan kesilapan2 yang telah kita lakukan. Gua bukanlah pakar dalam bidang nih, apa yang gua tulis Cuma sekadar pandangan gua rakyat bawahan.Yang baik datang dari ALLAH, yang buruk semuanya dari gua…
Sekian,
Mr.Ash
The Covenant Advisor
-Leave A Legacy-














