Vote Earth
Salam,
Gua amat tertarik dengan kempen selamatkan bumi dari kepanasan global oleh WWF, 60 Earth Hour : Vote Earth yang akan turut kita sama2 di Malaysia nih menjayakannya pada hari Sabtu, 28 Mac nanti. Gua juga akan turut sama mematikan bekalan elektrik rumah gua untuk 1 jam malam sabtu nanti. takpe la kalau terlepas 1 match barclays premier league. Sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi terhadap segala usaha untuk memastikan bumi nih sebagai satu sahaja harta yang amat penting bagi seluruh umat manusia. Bumi ni sahaja la tempat kita berlindung. Planet nih harus kita jadikan tempat yang amat selesa untuk didiami.
Gua memang perasan sekarang nih cuaca dunia agak kelam kabut. Di Muar ni pun, matahari agak terik ketika nih. Semalam gua saja lepak2 kat luar rumah waktu senja. Gua lihat langit masih lagi cerah walaupun jam sudah pun menunjukkan waktu 1945hrs. Sepatutnya waktu2 sebegini keadaan sudah pun gelap tetapi sebaliknya berlaku.
Gua juga rasa dengan ketidaktentuan suhu dan cuaca dunia hari nih membuatkan banyak penyakit2 tumbuh umpama cendawan lepas hujan. Gua juga tidak terlepas dari penyakit nih. Gua baru sahaja sembuh dari demam dan masih lagi dihinggapi batuk. Memang tidak menyelesakan.
Jadi, gua rasa kempen2 sebegini harus disokong dan dijayakan oleh setiap lapisan masyarakat. Seharusnya setiap dari kita mengambil bahagian dalam kempen2 sebegini. Pihak kerajaan pemerintah, syarikat2, usahawan2, sekolah2, masjid2, pusat2 agama, dan juga setiap individu perlu berganding bahu dalam memastikan kempen2 yang sebegini penting dapat dijayakan dan mesej jelas dapat dihantar kepada segelintir umat manusia yang tidak pernah atau jarang sekali memikirkan mengenai nasib dan penderitaan yang ditanggung oleh planet kita nih.Lagipun, dengan turut serta menutup bekalan elektrik di rumah kita selama 1 jam turut dapat menjimatkan bil elektrik kita sementelah kita sekarang nih berada dalam kegawatan ekonomi maka lebih baik kita berjimat cermat dan ini adalah permulaannya.
Sebagai penutup, gua tinggalkan lu orang semua dengan secebis puisi karangan seorang anak muda perempuan berumur 14 tahun dari Subang Jaya, Selangor. Gua memang kagum dengan semangat dan iltizam anak muda ini untuk turut sama menjayakan kempen 60 Earth Hour : Vote Earth. Juga lu orang boleh melayari laman web rasmi kempen ini kat www.earthhour.org/malaysia. Marilah kita sama2 menyokong dan turut serta dalam kempen ini. THE COVENANT ADVISOR SUPPOR 60 EARTH HOUR : VOTE EARTH.
Earth Hour
Earth’s life won’t last that long,
When global warming drains them all,
It used to be a great clean place,
But now its just a place for haze.
Rubish and trash are everywhere,
Many people don’t seem to care,
Seeing this as it breaks my heart,
Why won’t people just pick it up.
Many lights and air polution,
A lot of different deadly solutions,
Causing problems like acid rain,
It just makes me go insane.
Walking home everyday from school,
If it rains, i’m soon in the blues,
Knowing that if i walked in the rain,
I would be sick all the way.
Catastrophies and disasters,
Slowly increasing in numbers,
Sooner or later i may not complain,
Malaysia might even have hurricanes.
Skin cancer,Asthma and not forgeting S.A.R.S,
Are now starting to spread,
These diseases are deadly,
are killing more people towards the end.
I’m crying out to everyone,
Help us in Earth Hour,
So please give us a hand to lend,
To stop the beginning of the end.

Sidang DUN di bawah pokok
‘Jika di atas pokok pun ia sah’ – Dr Mohammad Agus Yusoff
(TV Antara) – “Jika di atas pokok pun ia sah”, itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan “persidangan tergempar” itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam. Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah. Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks. Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.
Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri. “Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan. “Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.
“Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain,” kata beliau. Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu. Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri. “Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan,” tambah beliau.












