Lepak kat Secret Recipe..
Salam,
Sekarang nih gua tengah melepak kat Secret Recipe Muar nih. Sebenarnya gua pon tak ape idea nak tulis cuma saje2 nak menulis pasal. Cuma kali nih gua nak menulis pasal perubahan yang berlaku pada diri masing2. Ada kalanya perubahan2 yang berlaku dalam diri kita nih memang bagus untuk kita dan orang sekeliling tapi kadang2 ada gak perubahan yang amt tak elok untuk diri kita nih. Lebih2 lagi kepada orang2 yang amik berat kat kita. Mesti dorang rasa hampa bila tengok kita tiba2 berubah terlalu jauh ke hadapan. Sedangkan mereka masih lagi merasakan yang kita nih kekal seperti yang dahulu..
Banyak perubahan yang berlaku pada keadaan sekeliling..memang mengejutkan gua bila gua terjumpa semula teman lama yang hampir 2 tahun gua tak bersua..besar perubahan yang berlaku pada beliau. Walaupun perubahan yang berlaku tuh gua tak berapa nak marah sangat, tapi sikit sebanyak agak mengecewakan gak la..
ok la, tuh jer yang gua nak tulis
till next time bro
Mr. Ash
Sukan..Sukan..Sukan..
Salam,
dah agak lama gua tak menulis dalam blog nih. Banyak perkara2 atau events yang berlaku sepanjang gua menyepikan diri. Bukan takde idea tapi gua agak sibuk mencari makna kehidupan gua nih. Banyak pulak masalah tetiba datang.
Mula2 sekali gua nak story mengenai kehilangan seorang teman baik untuk selamanya. Pada minggu akhir Mac 2009, gua telah kehilangan seorang teman, sahabat yang amat baik dan tidak pernah sekali2 berkira dengan teman2 sekeliling. Allahyarham Saiful Bahari telah pun meninggalkan gua untuk selama-lamanya. Allahyarham dikatakan meninggal akibat dari penyakit Tuberculosis (TB). Sangat menyedihkan sekali peristiwa ini lebih2 lagi apabila gua teringat mengenai kisah perjalanan hidup Allahyarham. Allahyarham merupakan anak yatim piatu. Hidup di dunia ini sendirian dan kemudiannya, menghembuskan nafasnya juga sendirian di dalam bilik sewa beliau di Kuala Lumpur. Kehilangannya misteri Allahyarham selama 2 hari akhirnya terjawab apabila teman2 di Kuala Lumpur menjumpai Allahyarham terbaring kaku tidak bernyawa di atas katil. Sungguh terkejut dan terkilan sekali gua. Namun, takde ape yang dapat gua lakukan melainkan hanyalah mengirimkan doa dan bacaan suci Al-Quran ke hadrat Illahi agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para Solihin serta ingatan dan memori yang berkekalan. Al-Fatihah untuk Allahyarham Saiful.
Maaf mengenai pengenalan yang agak panjang kali nih. Sebenarnya, gua nak story mengenai tahap kemajuan sukan dalam Malaysia nih. Bukan apa, baru-baru nih Pelumba Basikal Negara kita telahpun berjaya menempatkan diri dikalangan kelompok terbaik dunia sehingga berjaya meraihkan pingat Perak dalam kejohanan Dunia di Poland. Amat membanggakan sekali. Sukan yang jarang sekali diperkatakan Tetapi berkat ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh ahli pasukan lumba basikal akhirnya membuahkan hasil yang begitu bermakna sekali kepada maruah sukan Negara.
Juga, baru2 nih kita dapat melihat kontroversi yang melanda sukan lawn bowl kita. Krisis yang tak sudah2 melanda persatuan2 sukan kita. Gua amat kecewa sekali melihatkan prospek pingat Sukan Komanwel akan datang hilang begitu sahaja. Tak kira lah siapa yang bersalah Tetapi isu2 seperti harus mendapat penjelasan dan penyelesaian kemelut seperti nih haruslah melalui satu proses yang teliti dan terperinci. Kerana, dengan penggantungan atau lebih radikal lagi dibuang dari persatuan naungan merupakan malapetaka dahsyat bukan sahaja kepada atlit2 yang telah berkorban menjalani latihan bahkan juga kepada seluruh persatuan khasnya dan Negara, amnya.
Gua juga ada mendengar story2 ataupun keluhan daripada orang yang amat rapat dengan perkembangan bidang sukan Negara nih. Kata beliau, kebanyakkan atlit sekarang nih banyak yang besar kepala apalagi yang telah menang beberapa kejohanan antarabangsa. Sikap besar kepala dan sombong seperti nih memang merugikan diri atlit itu sendiri dan juga sukan Negara kita. Beliau ada juga menyelitkan bagaimana tahap disiplin sebilangan pemain2 hoki, badminton dan bola sepak Negara. Tambahnya lagi, jikalau kita lihat sejarah hoki dahulu kita merupakan antara Negara yang digeruni dan berpeluang meraih kejayaan demi kejayaan di persada antarabangsa semasa zaman2 kegemilangan Mirnawan Nawawi, Saiful Zaini, Azlan Bakar, Kuhan, “the twins” Keevan dan Logan Raj, Boon Huat dan ramai lagi Tetapi sekarang nih kita semakin lemah dan senang terkulai ditangan lawan. Begitu juga dengan sebilangan pemain badminton yang semakin nipis rasa hormat kepada jurulatih.
Gua juga nak komen sikit mengenai pemain2 bola sepak Negara. Gua masih lagi percaya bahawa masih terdapat pemain2 bolasepak yang unggul di dalam Negara kita nih. Gua belum lagi hilang kepercayaan kepada FAM ataupun liga Malaysia dalam melahirkan bakat2 bolasepak Negara. Cuma yang gua kesalkan Ketika ini, tahap permainan dan mental pemain2 sekarang nih tidak sama seperti zaman2 dahulu. Tak perlulah gua bandingkan tahap sekarang dengan pasukan2 seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari tapi gua rasa sekiranya gua bandingkan dengan zaman Semi-Pro 90’s dulu nampaknya mutu bolasepak professional moden Ketika ini amatlah memalukan. Kita seolah2 ketandusan pemain2 yang kental semangat perjuangannya seperti kalau kat Johor nih, The Professor Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Salehan Md Som, kalau peringkat nasional nama2 seperti Farizuan Che Hamid, Manja Man, Radhi Mat Din dan sebagainya. Gua masih ingat lagi kali terakhir gua benar2 merasai kegemilangan bolasepak Malaysia adalah semasa gua menonton perlawanan akhirnya Piala Malaysia tahun 1991 dulu kat Stadium Merdeka. Masa tuh gua kecik lagi, sekolah rendah. Walaupun sepanjang perlawanan keadaan hujan lebat turun mencurah2, tak Sedikit pun melunturkan semangat gua untuk melihat pasukan negeri gua Johor main. Masa tuh, Johor dibarisi oleh orang2 lama yang begitu hebat sekali. Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Salehan Md Som, Omar Salim dibantu dengan pemain import Ervin Boban, Abbas Saad, Allistair Edwards. Masih gua ingat lagi bila Abbas Saad turun ke padang segak dengan kot walaupun tangannya berbungkus bandage putih, tetap bersemangat merayakan kemenangan bersejarah itu. Sejak dari itu, gua rasakan mutu bolasepak semakin merudum malah ada juga pemain2 sekarang nih yang dah terlebih perasan. Mengalahkan pemain2 professional Eropah. Ada juga yang berangan2 seperi David Beckham. Aksi diatas padang tidak sebagus mana, kontroversi dengan wanita2 sahaja yang tersebar luas. Sampaikan kahwin pun kat Siam. Kalau Beckham ker Ronaldo ker Robinho ker, takpe jugak. Kehebatan diatas padang menyamai kehebatan kontroversi di luar padang.
Gua bukan katakan semua atlit2 negara memiliki tahap disiplin yang rendah. Tidak sekali2 gua berniat untuk berkata sedemikian. Atlit2 seperti pelumba basikal, Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan juga yang lain2 yang telah menunjukkan prestasi membanggakan memang gua sanjung.
Akhir kata, gua rasa Mungkin pihak Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan sudah boleh memikirkan untuk menghantarkan atlit2 yang tidak berdisiplin dan besar kepala nih ke dalam program Khidmat Negara (PLKN) ataupun kursus2 Biro TataNegara seperti yang dijalani oleh segelintir remaja lepasan sekolah dan kakitangan kerajaan. Biar mereka2 nih rasa dilatih dan hidup dengan disiplin dan pemantauan dari tentera ataupun bekas2 tentera. Biar mereka nih belajar semangat nasionalis dan cara hidup tentera. Bukan apa, gua tengok program PLKN nih berjaya dalam mendidik remaja2 mendisiplinkan diri, program BTN plak gua tengok dapat melahirkan warga yang cintakan Negara Jadi gua rasa tak salah kalau kita aplikasikan plak kat atlit2 nih. Kalau dibiarkan sahaja makin manja plak. Makin tebal lemak masing2. Biar diorang rasa camne harapan dari setiap lapisan masyarakat setiap kali melihat mereka beraksi.
Oklah, Majulah sukan untuk Negara. Jangan besar kepala.
Sekian,
Mr. Ash
-the covenant advisor-
Leave a legacy
Bagai Anjing Dengan Bayang – Bayang
Salam Sejahtera,
Gua baru sahaja menonton siaran berita di chanel Astro Awani dan perkara yang menarik perhatian gua kali nih adalah pengumuman senarai cabinet bayangan Pakatan Rakyat. Setelah series of winning dalam by-election nampaknya Pakatan Rakyat terus mengorak langkah dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Malaysia.
Barisan cabinet bayangan rasa2 gua belum pernah lagi diumumkan secara rasmi oleh barisan pembangkang dalam sejarah Negara. Maka, dengan pengumuman ini gua sifatkan sebagai satu lagi kejayaan demokrasi rakyat. Adalah sangat menarik dan bagus sekali untuk rakyat kebanyakan Malaysia untuk memiliki 2 pemimpin yang memegang portfolio sama tetapi berbeda ideology perjuangan dan pegangan kuasa.
Pada fikiran gua, dengan adanya barisan cabinet bayangan seperti ini akan menjadikan apa yang disifatkan sebagai “good governance” dengan izin, menjadi kenyataan. Rakyat akan mendapat faedahnya. Ini kerana, di block Pakatan Rakyat akan mempunyai pemimpin2 yang focus kepada portfolio yang diamanahkan. Cuma mereka ini tidak mempunyai pejabat2, Kementerian dan juga kuasa untuk meluluskan sebarang dasar. Tetapi, harus diingat apabila kita mempunyai barisan pimpinan pembangkang yang focus kepada portfolio masing2 maka ini pada hemah gua akan menyaksikan “check and balance” dengan izin, terhadap perjalanan dan operasi sesuatu menteri atau kementerian selain dari memastikan setiap dasar yang ingin dibuat berlandaskan kepada kebajikan rakyat dan professional.
Ini mungkin akan menyebabkan ketirisan atau kebocoran dana2 kementerian untuk kebajikan rakyat dapat diminimumkan. Selain itu juga, ini seterusnya akan memudahkan pihak Pakatan Rakyat yang mewakili suara2 rakyat kawasan berkenaan untuk memantau sesuatu dasar yang ingin dibuat oleh mana2 kementerian. Bukan apa, gua tak nak lagi dasar2 seperti PPSMI terhasil lagi. Merugikan rakyat dasar2 sebegini.
Tetapi, dalam program berita Astro Awani tempoh hari tidak pula menyiarkan pandangan atau pendapat dari penganalisis2 politik tanahair, pemimpin2 komponen Pakatan Rakyat dan juga rakyat jelata. Sebaliknya, mereka hanya menyiarkan komen2 dari mulut Pemerintah Badut Negara @ Be End. Maka gegak gempitalah Razali Ibrahim yang jarang2 balik ke Muar, Puad Zarkashi, dan pimpinan Komponen Be End yang lain. Majority mereka tidak dapat melihat pengumuman Pakatan Rakyat ini dari aspek positif. Mereka terus2 mengatakan ini hanyalah retorik Anwar, hanyalah sandiwara dan gimik politik Pakatan Rakyat. Lebih teruk lagi, ada pulak yang mengaitkan perkara nih dengan manifesto PKR, PAS, DAP. Gua agak musykil dan keliru dengan statement yang mengaitkan pengumuman ini dengan manifesto PKR, PAS, DAP. Mungkin gua ketinggalan zaman kot dalam hal2 manfesto nih. Entah le.
Kemudiannya, ada pulak satu komen yang cakap kita tengok nanti sape yang akan wat pengumuman nih. Kalau Anwar yang buat pengumuman, kita tengok nanti apa PAS, DAP cakap berhubung dengan pengagihan portfolio. Haha, tergelak besar gua dengar. Apa ke bengong makhluk nih?
Dah tentu le yang akan wat pengumumannya nanti Ketua Pembangkang pasal Ketua Pembangkang nih tarafnya lebih kurang cam Perdana Menteri bagi block pembangkang.Duduknye pon dalam Dewan Rakyat di depan sekali dalam kalangan block Pembangkang, betol2 depan Perdana Menteri lu orang. Itu pun tak tau ker? Sape yang retorik nih?
Sama jugak le dengan pengumuman cabinet pemerintah, kan Perdana Menteri yang buat. Takkan pengumuman tuh Samy @ Ong Tee Keat yang buat. Lagi mustahil pengumuman cabinet Tsu Koon yang buat. Sudah le kalah dalam GE, Penang pon tak bley nak pertahankan, Gerakan terus bungkus pon dapat jadi Menteri lagi. Memang tenat BN nih Dah takde calon2 gua rasa. Lagi best, portfolionya memang lawak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan focus portfolio kepada perpaduan dan Pengamalan Indeks Kualiti Menteri. Hahaha..Indeks Kualiti nih pun nak kena bagi Menteri jaga jugak ker? Perpaduan???Tengok je la apa yang berlaku kat Penang sepanjang Gerakan perintah. Gua tak boleh komen2 panjang2 kang tak memasal kena Sedition Act.
Nasihat gua pada kelompok pimpinan pemerintah Be End nih, jangan takut sangat dengan bayang2 kalau lu orang tak tamak dan korup. Jangan jadi cam anjing dengan bayang2 le. Kalau lu orang komited, bersih, iltizam dan melaksanakan tanggungjawab berlandaskan sumpah janji yang dibuat dihadapan DYMM Yang Di Pertuan Agong ari tuh, apa nak risau dengan bayang2 nih. Lantak pi lah Pakatan nak wat apa. Lu orang tumpukan je la pada tugas lu orang.
Cakap pasal penubuhan cabinet nih gua nak celoteh sikit pasal senarai cabinet Pemerintah. Pada dasarnya gua rasa cam nak bagi dorang peluang tunjukkan bakat la dulu walaupun kadang2 gua tengok barisan cabinet yang ada nih sama je dengan yang lepas2. Tetap ada gak la beberapa nama yang gua rasa tak relevan untuk jadi menteri dan timbalan menteri.
Lagi best, bila nama Ketua Pemuda UMNO yang baru tercicir. Entah macam mana Perdana Menteri terlepas pandang. Mungkin masa pengumuman kemenangan Ketua Pemuda UMNO ari tu beliau terlena kot. Yang kalah dalam pemilihan ari tu dapat jadi timbalan menteri. Naib beliau pon dapat jadi Timbalan Menteri. Haha, memang malang le nasib lu. Gua ingat baik lu turun Gunung Ledang bawak bunga 7 jenis, 7 Tahil Emas, dan 7 jenis matawang utama dunia pastu lu bertapa mintak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Baik tak yah menang Ketua Pemuda ari tuh. Takde taring la. Nasihat gua pada beliau 1 je. Terima je la. Memang nih gaya kepimpinan parti kebanggaan lu. Kroni, Korup, Wang, Dendam, Nafsu, Emosi, memang jadi criteria utama pemilihan. Hahaha…
Termenung gua mengingatkan kalimah2 yang diucapkan oleh pimpinan Sarkas ni ( cam kata Pendekar Sudin “ALif Mim Nun Wau = Sarkas” ) masa perhimpunan agung tempoh hari bahawa mereka sedang di transformasikan. Suara2 golongan muda, professional, cendiakawan akan didengar. Pendapat golongan ini akan dihargai. Tetapi, bila gua reflect kembali pada pemilihan cabinet, alamak gua rasa janggal pulak dengan kalimah2 nih. Tak serupa bikin betol.
Suara hati dan keputusan golongan muda kelompok mereka sendiri pon mereka tak mau dengar, apa lagi suara golongan muda yang lain. Golongan muda mereka telah memilih ketua untuk memimpin persembahan mereka tapi tak dihargai oleh pimpinan tertinggi. Dibiarkan terkapai2 hanya kerana bukan satu haluan. Lantas, gua terfikir dan terimbau2 apakah slogan transformasi nih cam gua biasa dengar je kat Astro nih?Lama2 gua teringat Akademi Fantasia “Satu Transformasi Akan Berlaku”. Alamak, lebih kurang jer tag line nya. Dah la Pendekar Sudin gelar Sarkas, sekarang nih berkongsi pulak tag line dengan AF. Jangan semua pimpinan leka nak jadi artis reality sudah la.
Yang best lagi tuh, dengan penuh kebanggaan bekas Perdana Menteri Tun Det mengatakan cabinet kali nih sangat2 bagus. Apa tak bagusnya anak beliau dapat jadi timbalan menteri. Memang la bagus. Portfolio pon boleh tahan kenyang gak tuh. No 2 dalam MITI. Senang nak dapat AP. Nampaknya pasni lebat balik le rambut anakanda. Tak yah gi Yun Nam HairCare. Tok Pa jadi puppet je. Tak yah menang pilihanraya pon orang dah bagi gaji menteri. Besar budi dan jasa tuh. Kalau dulu zaman Pak Lah, Scomi popular dan glamour, mungkin pasni Kenanga Oil and Gas, Sapura dan CIMB Bank akan jadi popular dan glamour kot. Mungkin jugak Maybank akan hilang status bank no 1 Malaysia. Only God Knows..
Patut dalam barisan cabinet One Malaysia nih diwujudkan satu lagi portfolio di Jabatan Perdana Menteri. Gua cadangkan wujudkan portfolio Menteri Segala Menteri dan ISA. Pastu letak Tun Det jadi menterinya. Kan senang..tak yah lagi Tun Det nak memekak dalam press atau blog. Dah gian sangat beliau nak jadi Perdana Menteri semula. Tun Det nih pada gua, udah2 le. Zaman Tun dah berlalu. Bagi la pulak pada orang2 baru curahkan idea. Tak perlulah nak campur2 lagi.Tun dah luput ditelan zaman. Dah pencen wat cara dah pencen. Dok umah ngaji Al-Quran ker, gi masjid dengar kuliah ker atau rajin2 le gi Mekah buat umrah. Pastu, pesan sekali kat Tun Hasmah tuh pakai le tudung. Masing2 umur pun dah subsidi je. Tak yah pikir2 lagi hal pemerintahan. Tun dah serah kuasa dulu. Wat pe nak pening2. Enjoy your retirement days..rugi kalau tak enjoy sementara Tuhan lom amik lagi ataupun Tun nih ada penyakit tak percayakan orang lain??
Untuk lu orang semua, pesan gua satu jer, walau sehebat mana sekalipun kita menulis skrip, ada satu lagi kuasa yang Maha Hebat dan Maha Besar dimana skripnya terlalu tepat dan indah. Seindah kalam suci Al-Quran yang ditulisnya. Jadi, kadang2 tak perlulah kita beria-ria sangat merangka plan atau menulis skrip kerana setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. Apabila Dia berkata “Kun Fayakun” maka jadilah setiap sesuatu…
Sekian, Syabas Pakatan Rakyat
Mr. Ash
The Covenant Advisor
-leave a legacy-
Sorry Seems To Be the Hardest Word
Salam kemenangan gua ucapkan kepada YB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin dan juga YB S. Manikumar yang telah pun menewaskan dengan jayanya calon2 Badut Negara dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Bagi calon DUN Batang Ai Jawah Gerang, gua ucapkan tahniah gak kerana walaupun tewas tapi berjaya meraih 2 ribu undi. Ini jelas menunjukkan bahawa PKR semakin diterima di Sarawak. Mungkin perlu lebih usaha gigih untuk menempatkan parti dokongan kita nih di dalam hati masyarakat Sarawak.
Kemenangan ini merupakan satu referendum untuk Pemerintah Badut Negara nih. Juga satu amaran jelas dari penduduk Perak yang tidak akan menerima rampasan kerajaan tempoh hari dan juga kebobrokan mereka. Biasalah bagi masyarakat Badut Negara nih, walaupun tewas mereka akan terus dengan sikap self denial. Sudah pasti mereka akan katakan ini bukan amaran rakyat. Kelakar juga dengan mereka2 nih. Mungkin mereka nih dah boleh daftar diri untuk Program Raja Lawak next season..hahah..Memang benar sekali Najib Razak baru pegang kepimpinan 4-5 hari tapi kalau gua tak silap la kan, cerita pasal Najib Razak nih nak jadi PM bukan baru 2-3 bulan nih berkumandang. Sejak PRU 8 Mac 2008 lagi dah berkumandang. So, pada gua rakyat Malaysia sememang dah tau pasal transformasi nih. Cuma menanti bila je. Jadi, seharusnya kalau rakyat benar2 menerima pemerintahan beliau nih, sudah pasti ketiga2 PRK semalam akan menyaksikan calon Pakatan Rakyat senasib dengan calon2 Bebas, Hilang Deposit..
Gua malas nak tulis panjang2 pasal PRK nih. Cukup la takat ni jer dulu. Gua pun nak tengok gak dulu camne pemerintahan Najib Razak nih dulu. Nak tengok gak tranformasi UMNO nih. Jadi ke tak? Memang betol UMNO dah tukar kepimpinan. Ramai muka2 baru yang terajui tapi pada gua sume nya muka2 baru yang dah usang. tak betul2 baru le. Tangan2 mereka nih penoh dengan debu2 dan kekotoran.
Lama gua tak cuit blog nih. Agak sibuk sekarang nih memikirkan pasal kehidupan gua. Nak kena cari kerja baru lagi. Zaman2 meleset nih, kalau tak betol2 mau melayang gua. Pening kepala gua nih. Blog AMK Muar pon dah lama gua tak update.
Bulan Mac ari tu gua baru jer kehilangan teman rapat gua. Sedih gak la. Beliau meninggal dunia kerana penyakit Tuberculosis (TB). Huish, bahaya gak ler penyakit TB nih. Gua ingat takat batuk2 biasa jer. Tapi yang paling gua sedih sekali, arwah nih hidupnya di dunia sebatang kara, yatim piatu, meninggal pon sorang diri. Takde sape tau sehinggalah 2 hari kemudiannya.
Juga masa hari 60 Earth Day tuh, gua dengan teman2 ada gak wat kat rumah gua. Nanti gua upload gambar2 nya. Ari nih gua tak bawak pendrive. Takde plan nak ke wifi pon tapi petang nih tetiba boring plak gua. Ingat gua cuma nak pusing2 town, pastu lepak jap dengan scarelittleboy minum2, tapi dah terasa boring gua pon parking ler kat Wifi Cafe nih. Layan tulis blog nih walaupon gua tak tau nak tulis ape nih. Actually, gua ada tulis beberapa artikel tapi gua letak dalam pendrive plak. Nanti gua upload la untuk lu orang bace. Cam biasa la, artikel gua mesti tulis pasal pembangkang jer..hahaha…sikit2 gua masukkan pasal kehidupan.
Okler, gua nak minum. Tekak dah haus nih. Till next time, dude. do take care
Salam
Mr. Ash
the covenant advisor
-leave a legacy-
2 Bukit 1 Batang : Kenyataan De Facto
KUALA LUMPUR, 8 April (SK): Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan ‘Perubahan’ yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.
Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata demikian di sidang akhbar yang berlangsung di Ibupejabat KeADILan, Petaling Jaya hari ini dengan penuh semangat bahawa tiga pilihanraya kecil ini menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak.
“Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai kerana sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan,” kata Anwar.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini dengan kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.
Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.
Sementara itu, kemenangan Nizar Jamalauddin di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.
Kepada pendukung Pakatan Rakyat di Batang Ai pula, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak.
“KeADILan dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak,” Tegas Anwar.
Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan.
“Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa perubahan bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air,” tambah beliau.
Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum.
“Mereka berkata, Umno telah membuat kesilapan pada masa lalu dan ia kini harus diberi peluang di bawah kepimpinan Najib, mereka membawa balik Dr Mahathir itulah masalahnya,” kata Anwar di sidang akhbar pagi ini.
“Mereka mengutarakan konsep perpaduan Najib – Satu Malaysia – di samping isu Ketuanan Melayu, namun semua kempen tersebut tidak berhasil,” tempelak Anwar.
Beliau menegaskan supaya Najib mesti bersedia menerima hakikat bahawa gesaannya untuk perubahan dan pembaharuan telah gagal.
“Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat Pakatan Rakyat dari menunaikan janji yang telah diberikan serta tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat,” jelas Anwar dalam kenyataan beliau.
“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda Perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini,” kata anwar mengakhiri sidang akhbar beliau hari ini.
diambil dari Suara Keadilan Online












