Protes Kerajaan Haram Perak di Muar

Gua lengkap dengan uniform PKR dibelakang YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri. Sedang bersemangat mendengar PC beliau.
********************************************************************
We welcome the decision of the Kuala Lumpur High Court to declare Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin as the rightful Perak Menteri Besar. He should be reinstated immediately.
The High Court’s decision is a triumph of the Rule of law and affirms that the Constitution is the highest law of the land. Its ruling reasserts Constitutional provisions for the separation of powers and a delineation of the jurisdiction of the executive, legislature and the judiciary. Given this confirmation of the legitimacy of the Pakatan Rakyat government in Perak we urge that the resolutions passed by Perak State Assembly convened under the tree in Ipoh on 3rd March 2009 be respected.
After the dark and sinister events that transpired on 7th May in Perak the restoration of justice and of the principles of democracy is long overdue. For three months the people of Perak have endured the unprecedented abuse of power by the BN while the institutions of the state, the police and the mainstream media have conspired to confer legitimacy upon the sham BN administration.
We reiterate our call for the Assembly to be dissolved immediately and for the people of Perak to renew their mandate for their government at the ballot-box.
ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
DEWAN RAKYAT
Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini.
Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan. Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut.
Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Ini membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.
Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa Perubahan.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT
********************************************************************
Tarikh : 11 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 1230 pm – 0130pm
Lokasi : Hadapan Ibu Pejabat Trafik Muar dan Mahkamah Tinggi Muar
Gambar diambil dari blog YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri Muar.
Apabila HARAM Dilaknati Tuhan
Salam Perjuangan,
Akhirnya Zambry terkulai layu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kerajaan Haram pimpinannya di dapati tidak sah oleh Hakim Mahkamah Tinggi seterusnya melayakkan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin kembali ke kerusi Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan yang disambut lega oleh majority rakyat serta membuktikan masih ada juga hakim2 yang berpegang teguh kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Sekalung tahniah dari gua untuk Tuan Hakim kerana berani untuk memberikan keputusan yang amat bertentangan sekali dengan nafsu dan cita-cita juak2 pemerintah federal.
Krisis Perlembagaan di Perak akhirnya sampai ke penghujungnya. Walaupun Zambry mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Rayuan tetapi keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi sudah cukup untuk memberikan penjelasan yang tepat dan bernas terhadap Undang-Undang Tubuh Perak.
Nampaknya semenjak mengambil alih teraju kepimpinan Negara sambil dibantu oleh barisan cabinet kipas lipas nih dan juga berbekalkan nasihat dan tunjukajar dari Tun Det, Najib Razak tidak habis2 dirundung malang. Belumpun 100 hari memerintah, 3 kekalahan besar yang membuktikan dalil bahawa Najib Razak bukanlah orang yang layak memegang teraju kepimpinan. Bukit Selambau, Bukit Gantang dan yang terbaru Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menjadi hantu2 yang senantiasa menyelubungi mimpi2 ngeri Najib Razak. Tak payah rasanya gua sebutkan ketiadaan ucapan tahniah dari pimpinan antarabangsa dengan pertabalan Najib nih.
Sebaliknya Pakatan Rakyat disebalik tohmahan dan tekanan Pemerintah masih lagi mampu mengekalkan kredibiliti dan harapan baru majority rakyat marhaen. Keupayaan Pakatan Rakyat khasnya di Negeri Perak berdepan dengan suasana getir dan perit telah pun membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.
Sesungguhnya Tuhan itu Adil. Baru sahaja Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat tidak demokrasi pada 7 Mei yang lalu tetapi keputusan Hakim semalam telah membuktikan sebaliknya. Barisan Nasional lah yang tidak pernah menghormati lunas2 demokrasi dan prinsip Rukun Negara. Segala yang ada di bumi bertuah nih diperkudakan untuk memenuhi nafsu serakah mereka sahaja. Demi membolot kuasa, mereka sanggup menjadikan rakyat Perak sebagai tebusan dan juga mangsa.
Pada gua, senang sahaja isu nih. Segalanya menampakkan kedaifan, kejahilan dan kebebalan yang besar BE END dalam penafsiran undang-undang. Bertahun2 menjadi Pemerintah, duduk di dalam Parlimen, Di dalam Dewan Undangan Negeri, membuat perundangan dan dasar2 negara, tapi mereka2 ini memang nyata bodoh kerana tidak mampu untuk memahami peruntukan Undang-Undang Tubuh Perak. Bagaimanakah mereka boleh dipercayai untuk memerintah lagi?
Tuan Hakim dalam penghakiman bertulisnya menyebut bahawa Tiada Sidang DUN yang meluluskan Undi Tidak Percaya terhadap MB Nizar jadi mana mungkin MB Nizar dipecat atau dilucutkan jawatannya. MB hanya boleh hilang jawatan apabila Usul Undi Tidak Percaya di dalam sidang DUN mendapat sokongan majority atau DUN dibubarkan. Bukan boleh berlaku dengan hanya menunjukkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan bahawa mereka mempunyai sokongan majority di Istana.
Jadi, pada gua yang tak berapa cerdik nih. Mudah sahaja. Seharusnya DYMM Paduka Seri Sultan Perak sewaktu diawal2 krisis ini lagi, telah menitahkan agar diadakan Sidang Tergempar DUN ataupun terus sahaja memperkenankan pembubaran Sidang DUN. Tersangatlah mudah. Istana bukan tempat berlakunya mesyuarat Sidang DUN tetapi di dalam Dewan Persidangan DUN. Jadi, seharusnya segala keputusan yang ingin dibuat perlulah diperakukan di dalam Dewan Persidangan DUN. Jadi, tidak perlulah dipanjangkan lagi krisis ini. Pembubaran DUN Perak adalah jalan yang terbaik. Dengan kejadian2 seperti ini, gua amat optimis sekali bahawa sekiranya Pilihanraya Negeri diadakan keputusan majority 2/3 pasti akan dapat dicapai. Tak kira lah siapa pun yang menang.
Cuma, pada pandangan gua. Sekiranya, Pakatan Rakyat mampu untuk sekali lagi memenangi DUN Perak dengan majority yang lebih besar dan teguh maka, seharusnya MB Nizar selaku MB yang diberikan kuasa dan hak oleh rakyat berdaulat mengambil tindakan drastic dan tegas terhadap Kepimpinan BE END terutama kepada Pengerusi Perhubungan BE END Perak Februari lalu, kalau gua tak silap Najib Razak masa tu kerana telah mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian Negeri Perak selain daripada membelakangkan rakyat Perak sendiri.
Kemudian, tindakan perlu diambil kepada Anggota Kerajaan Haram BE END iaitu Zambry dan Exco2 nya. Mereka harus memulang semula segala perbelanjaan2, gaji2, peruntukkan2 dan juga segala keputusan2 yang telah dibuat. Segalanya haram. Duit rakyat mereka rompak untuk kesenangan mereka sahaja.
Yang terakhir, MB Nizar dan juga Speaker Sivakumar harus mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang telah mencemar kedaulatan dan maruah Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 dengan tunduk kepada arahan Kerajaan Haram apabila mereka merempuh Sidang DUN dan mengheret dan menjatuhkan Speaker Sivakumar. Kemudian, barulah diambil tindakan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang amat jelas tindak tanduk mereka tidak mengutamakan rakyat Perak walaupun mereka ini merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk kesejahteraan Rakyat Perak.
Dikesempatan ini, gua ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat Muar terutamanya kepada YB Er, YB Gwee, YB Dr. Mohamad Taslim dan YB Dr. Sheikh Ibrahim yang telah menganjurkan Perarakan Protes Tragedi Perak dihadapan bangunan Mahkamah Tinggi Muar tengahari semalam. Semoga keberanian dan kekentalan semangat seperti ini akan diteruskan demi memartabatkan rakyat.
Akhir kata, gua Cuma ingin ingatkan sahaja bahawa “Jangan Dihalalkan Yang Haram dan Jangan Diharamkan Yang Halal”.
Sekian,
Mr. Ash
The Covenant Advisor
-Leave A Legacy-
p/s : Jangan lupa untuk turut sama hadir ke MAJLIS CERAMAH PAKATAN RAKYAT BAHAGIAN MUAR pada hari AHAD bersamaan 17 MEI 2009 jam 0900 MALAM di MARKAS TARBIYAH PAS, PARIT PECAH, MUAR. Penceramah2 undangan : CHE’ GU BARD, KHAIRUL FAIZI DAN YB AMIRUDDIN.














