The Fraternity

Leave A Legacy

Pakatan Rakyat Menolak Idea Kerajaan Perpaduan

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim           
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang            
YB Lim Kit Siang

———————————————————————————————–

Press Release Pakatan Rakyat Council of Leaders

22nd June 2009Pakatan Rakyat Stand on Unity Government

The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:

1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.

2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat

3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim       
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang            
YB Lim Kit Siang

p/s sekadar pandangan gua yang dangkal ilmu politik nih, kerajaan perpaduan nih memang susah nak dijustifikasikan dalam keadaan UMNO yang terlalu taksub semangat asabiyah nya. Islam adalah universal. bukan diturunkan untuk satu bangsa saje. bukan warisan nenek moyang melayu tapi adalah agama wahyu diturunkan Allah untuk setiap makhluk yang beriman kepadaNya. Maka bagaimana mungkin parti yang berteraskan Islam ini mahu bekerjasama dengan parti yang bertunjangkan perkauman? Cuba lu orang fikir bagaimana nanti agaknya kalau
PAS dan UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan..Muslimat PAS bercerita mengenai Mekah dan Madinah, Wanita UMNO bercerita mengenai handbag PRADA yang dibeli di London ataupun Set Berlian Habib Jewel..Ataupun lagi hebat kalau tiba2 muslimah PAS dijemput oleh Rosmah Mansor untuk menghadiri konsert Salman Khan? kan lagi pelik..jelik pula tuh..hahaha

 

June 22, 2009 - Posted by Uncle Ash | Articles | , , , , , , | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment