The Fraternity

Leave A Legacy

Tambah lagi tugas gua..adehh..hahaha

Salam Reformasi,

Gua baru sahaja selesai bermesyuarat dengan Jawatankuasa PKR Cabang Muar. Nampaknya gua terpaksa menggalas satu lagi tugas yang agak mencabar iaitu menjadi Penolong Setiausaha Biro Ekonomi Cabang Muar. Satu lagi tugas yang agak mencabar kemampuan diri gua untuk mencari sumber2 pendapatan PKR Cabang Muar.

Namun, gua menerima tanggungjawab ini dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan. Semoga, gua dapat menjalankan tugas ini dengan penuh ketabahan, telus dan cekap demi untuk memajukan perjuangan rakyat menuntut keadilan.

Gua harap lu orang boleh mendoakan agar gua berjaya menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh hormat dan berjaya sekali.

Sekian,

AHMAD ANWAR ASYRAF ISMAIL

BIRO EKONOMI

PARTI KEADILAN RAKYAT

CABANG MUAR

June 23, 2009 - Posted by Uncle Ash | Articles | | 2 Comments

2 Comments »

  1. Tahniah!!!!Jga amanah yg diberikan dgn sebaik mungkin.Semoga sma2 kite merasa kemakmuran dgn Kerajaan Pakatan Rakyat.Tumbangkan BN dlm PRU nanti.semoga ALLAH memberkati perjuangan anda.

    Comment by hanafy | June 25, 2009 | Reply

    • Salam Reformasi,

      Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Insya Allah kemenangan akan menjadi milik kita. Sekarang nih benar2 menuntut pengorbanan masa dan tenaga. hinggakan kadang2 terasa seperti 24 jam itu tak cukup. Waktu nih benar2 mengajar erti berpolitik. Semakin banyak program2 PR Daerah Muar dan Negeri Johor yang perlu dihadiri.

      Malam semalam baru sahaja menghadiri Majlis “Kopi-O”, majlis peringatan protes Pencabulan Demokrasi anjuran DAP Muar dan YB Er Teck Hwa, MP Muar serta Program Ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Che’ Gu Bard di Parit Besar, Batu Pahat. Petang ini akan menghadiri program bersama Lateefah Koya di JIM Parit Raja, Batu Pahat. Dan esok akan menghadiri program bersama YB Tian Chua di JIM Parit Raja, Batu Pahat.

      Memang menjadi hasrat untuk menjadikan PR sebagai kerajaan pemerintah perseketuan serta kerajaan negeri Johor agar kebajikan dan kemakmuran dapat dikecapi seperti apa yang berlaku di negeri2 Pemerintahan PR sekarang ini.

      Setelah lebih 50 tahun kita memberikan peluang kepada UMNO dan Perikatan BN untuk memerintah Malaysia. Berkali2 peluang nih dicabul dan dinodai oleh mereka yang tamak dan kecam. Mereka langsung tidak pernah memikirkan perihal rakyat jelata. Benar, mereka memberikan pembangunan yang agresif ke bumi Malaysia ni. Tapi, disebalik itu, mereka sebenarnya turut merompak hasil bumi tercinta ini. Meninggalkan kita rakyat marhaen umpama kais pagi makan pagi, kais petang langsung tak makan. Sebagaimana tertubuhnya UMNO di tepi pagar istana, mereka lebih bersifat bangsawan. Tidak memikirkan golongan bawahan. Sudah terlalu lama mereka mendongak ke langit. Sudah terlalu lama mereka berada di puncak KLCC. PRU akan datang kita pastikan rakyat akan beramai-ramai mengusung keranda UMNO di setiap cawangan mereka untuk dikuburkan beramai2.

      Maka, perubahan harus dilakukan. Mandat pemerintahan perlu ditukar agar kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia kembali semula. Ayuh, rakan2 sekalian, mari kita berubah. Masanya sudah tiba untuk kita jadikan UMNO-BN sebagai sejarah. Biarkan, anak cucu kita akan sentiasa hidup dalam kemaslahatan walaupun mungkin kita tidak akan dapat melihat suburnya prinsip2 keadilan di bumi bertuah ini.

      Semoga kita semua akan diberkati Allah dan diberikan kecekalan dalam memberikan sinar baru kepada Malaysia tercinta.

      Sekian.

      Yang buruk semuanya dari gua,

      Mr. Ash

      Under One Moon
      Live A Legacy

      Support PR.
      Let’s Join PKR

      Comment by Mr. Ash | June 27, 2009 | Reply


Leave a comment