The Fraternity

Leave A Legacy

My Story So Far

Salam hormat untuk korang,

Kat ruangan nih gua nak story pasal diri gua. Kira cam short autobiography la.

-1982-1999-

Nama penuh gua AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL. Umo gua 26 tahun bila gua dilahirkan secara rasminya pada 10 Oktober 1982 kat umah nenek gua di 213, Lorong Bunga Ros, Jalan Daud, 84000 Muar. Gua sekarang nih tinggal kat umah no 69, Jalan Intan, Taman Maharani, 84000 Muar. Sekarang nih gua bekerja sebagai Technician Mesin Cetak.

Kehidupan gua dulu2 agak kelam gak. Gua terkena penyakit social sama cam youth2 sekarang nih tetapi takdela sampai gua merompak, membunuh atau pun buat jenayah2 yang berat2. Sikit2 tuh ada la. Nakal2. Gua nih jenis yang agak degil n tak boleh dengar orang bebel ataupun memekak kat telinga gua, mesti lawan balik punya.

Gua start zaman sekolah gua pada tahun 1994, kat SRK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT. Kelas terakhir gua kat SBH nih Darjah 6 Bunga Raya. Dulu cikgu yang paling gua respek n ingat sampai sekarang Cikgu Yusmahani, Cikgu kelas gua darjah 5, Cikgu Rubaee, Cikgu kelas gua darjah 3 n cikgu Matematik gua time tu, beliau la yang sebat gua dengan pembaris kayu panjang kaler kuning pasal gua tak hafal sifir.1st time gua kena sebat tuh.

Teman2 di sekolah rendah dulu yang masih gua ingat, Saiful Azrin Bin Yahya, Nur Azrida n Shahrina(yang nih gua penah jumpe time gua kat Shah Alam, tapi lost contact balik).Juga teman2 yang dulu duduk kat Lembah Bujang, kalau gua tak silap, yang ajar gua mandi sungai Kapeh.haha…Sori, gua tak ingat nama korang. Jugak, teman2 n ustaz serta ustazah di Sekolah Agama, Jalan Kolam Ayer, Segamat. Jasamu tetap gua kenang.

Tahun 1995-1997, gua memulakan alam sekolah menengah bila gua mendaftarkan diri kat SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Kelas terakhir gua kat sini Tingkatan 3 KH 3. Zaman nih best sikit pasal zaman baru nak jadi remaja. Banyak kenangan bodoh2 dengan teman2. Cikgu favourite gua kat sekolah nih Cikgu Sharifah Rafeah, cikgu kelas gua Tingkatan 3 tahun 1997, Pengetua time tuh, Cikgu Ibrahim Rawal, Cikgu Maths Tingkatan 3 gua yang kuat cubit, Cikgu Rokiah, Cikgu KH gua dengan misainya, nama gua lupa.

Teman2 kat sekolah nih yang gua ingat lagi, Fakhrur Reza, Adi Khirman, Farez, Syarizal (dulu die nih comel jer), Ramunan, Nizam Kadir, n semua teman2 kelas 1 KH 1, 2 KH 1 n 3 KH 3 yang gua tak sebut nama, bukan tanda gua dah lupa kan korang, Cuma gua tak mampu nak ingat suma nama. Jasa kalian tetap gua kenang.

Tahun 1998-1999, gua berpindah ke SMK Dato’ Sri Amar DiRaja, Muar. Sekolah yang mengajar gua jadi jahat.hahah.Kelas terakhir gua Tingkatan 5 Elit. Zaman nih yang paling best waktu alam persekolahan nih, zaman yang paling banyak gua kena rotan. Walaupun gua kira budak baru kat sini, tapi teman2 sume memang enjoy. Cikgu favourite gua sudah semestinya, cikgu kelas Tingkatan 5 merangkap cikgu Fizik gua, Cikgu Raiha. Walaupun di hujung2 persekolahan, gua ada melawan beliau sikit tapi gua tetap ingat n respek beliau. Cikgu-cikgu lain, cikgu Shukor, Cikgu Zaba, Cikgu Hanafiah, Cikgu Khalid, Cikgu Azman. Teman2 disini masih lagi berhubungan dengan gua. So, gua rasa tak yah ler sebut nama korang.haha..

So, kalau ada sape2 yang mengenali nama2 yang ada tadi, gua harap korang boleh bagi gua contact no. mereka2 nih. Gua memang tengah cari cikgu2 n teman2 gua dulu2.

-2000-2005-

Abis je SPM tahun 1999 dulu, gua sambung belaja kat UITM Shah Alam dalam jurusan Pre-Degree Law sesi Jun 2000 sehinggalah Disember 2001. Tapi last semester pre-degree tuh, gua kantoi akibat dari banyak enjoy dengan teman2. Kelas pun tak pergi, akhirnya gua terpaksa meninggalkan kampus UITM walaupun inilah cita2 gua, nak jadi lawyer.

Lepas gua kantoi UITM, gua cube lagi further study kat MMU Melaka plak, jurusan Alpha Management. Serupa gak masa gua kat UITM, gua Cuma bertahan setahun setengah jer. Masih sibuk dengan dunia khayalan agaknya.

Lepas tuh, gua amik keputusan malas dah nak sambung study nih. Buat abis duit jer. Gua pikir lebih baik gua kerja plak. So mulalah zaman kerja gua.

First job gua, mula kat KL kat area PJ kalau tak silap..tapi tak tahan lama. 6 bulan jer. Gua cabut. Pastuh, gua join MAA kat muar nih as Agen Insurans. Celah2 tuh gua dapat plak kerja dengan MAS tapi bukan yang dalam kapal terbang la. Ground staff je. Kecil2 je. Dok kat call centre. Pun tak lama. Hati muda la katakan, cepat bosan. Actually, gua tak suit dok kat KL nih. Iman gua senang cair. Lagi baik gua dok kat Muar nih jer.

Selesai story gua kat KL, gua pun balik Muar. Setelah beberapa bulan menganggur, gua dapat kerja sebagai Salesman kat Showroom Suzuki. Pun tak lama, beberapa minggu je. Tapi puas gak la test drive kereta Swift. Gua cabut pun pasal gua dapat offer n tertarik dengan peluang sebagai Perunding Saham Amanah nih pada tahun 2003.

-2005-sekarang-

Akhir Syawal 2005, berlaku tragedi dalam hidup gua. Ayahanda, En. Ismail Bin Mohamed yang gua paling sayang dimuka bumi nih, telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham ayahanda gua menghidapi komplikasi diabetes-kerosakan buah pinggang, tetapi disaat akhir beliau telah mengalami serangan jantung yang menyebabkan beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Setelah Allahyarham menjalani rawatan hemodialisis selama hampir 2 tahun, Allahyarham ayahanda gua kembali ke Rahmatullah tepat jam 1200 malam, 23 November 2005. Satu kehilangan yang amat gua rasai sehingga sekarang, kerana gua lah yang menjaga ayahanda gua sepanjang Allahyarham kritikal. Walaupun gua terkilan, kerana sewaktu Allahyarham menghembus nafas terakhir gua tiada disisinya, tapi gua redha dengan ketentuan Tuhan nih.

Baru2 kehilangan Allahyarham dulu, gua seperti terkena kejutan atau “cultural shock”. Maklumlah, gua anak lelaki sulung, so gua bertanggungjawab untuk menjaga bonda tercinta, Pn. Samsiah Bte Hj. Cholan. Tapi, sekarang nih gua sedar, ada hikmahnya. Kehilangan ini menjadikan gua semakin matang dan dewasa. Mengajar gua erti sebuah kehidupan. Tiada air mata gua yang menitis mengiringi pemergian jenazah Allahyarham Ayahanda gua, hanyalah ingatan, doa dan janji untuk menjaga bonda gua selagi gua hidup di dunia nih.

Setelah mensia-siakan peluang belajar dulu, barulah sekarang nih gua sedar betapa ruginya gua main2 dulu. Patutnya gua ikut pepatah “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”, tapi gua terbalik plak. Baru gua tau, susahnya nak cari wang dalam dunia yang penuh pancaroba nih.

Tapi, nak wat camne, ini jalan yang gua pilih. Gua kena langgar. Teruskan walaupun sukar.

Jugak, lately nih, gua rasa gua dah mula berubah walaupun tak 100% berubah tapi still ade sikit perubahan dalam diri gua nih.

Cuma yang tak berubah ialah gua still lom ade calon life partner. Mungkin gua nih memilih kot. Tak tau la. Cuma sekarang nih gua ada la baik dengan sorang girl nih, nama Farah, tapi takde la hubungan yang serious. Gua suka kawan dengan beliau. Easy-going girl. Teman2 perempuan yang lain Ima, Nisha, Marlina pun setakat biasa2 jer.

Setelah 10 tahun gua menjadi penyokong gerakan reformasi, dari zaman Masjid Negara hinggalah sekarang nih, akhirnya gua merasakan diri gua bersedia untuk melibatkan diri secara aktif di dalam perjuangan politik dan bersedia untuk menerima tanggungjawab dan mengorbankan kepentingan diri sendiri.

Disember 2008, gua secara rasminya mendaftarkan diri sebagai AHLI ANGKATAN MUDA KEADILAN BAHAGIAN MUAR, JOHOR. Juga, secara rasminya, gua bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab untuk membantu masyarakat. Gua sedar dunia baru yang gua cuba tempuhi nih banyak ranjau dan dugaannya. Tapi gua ingin mencuba. Ingin merasa pahit getir dalam perjuangan politik.

Idola gua dalam hidup nih ada 2-3 orang. Kalau dalam berpidato sudah semestinya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kepetahan dan kehandalan beliau berpidato memang menarik perhatian gua. Kalau dalam kerendahan diri, aspek kehidupan, berpolitik, idola gua Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, gua sedang membaca buku biografi mengenai Tuan Guru nih. Nanti bila dah abis akan gua review mengenai buku nih. Kalau part kedegilan, berani mencuba nih gua memang respek habis kat Presiden Iran, Presiden Mahmoud Ahmedinejad, gua baru sahaja selesai membaca buku mengenai Presiden Mahmoud Ahmedinejad nih. Sikit masa lagi, gua akan review pasal buku nih. Lastly, gua memang salut kat semua pejuang2 demokrasi, keamanan dan mereka2 yang gemar melakukan kerja2 kebajikan sperti Aun San Suu Kyi dari Myanmar.

Tambahan pula, gua jugak ada planning tersendiri mengenai hidup gua. Kalau boleh, satu masa nanti gua nak gak menggenggam sekeping kertas yang tercatat LLB (HONS) di dalamnya. Gua juga nak satu masa nanti, gua akan berjaya dalam kerjaya sebagai Perunding Saham Amanah dan juga dunia politik yang telah gua pilih nih. Kira nih azam tahun baru gua la nih.

Harapan gua, semoga segala yang ingin gua capai, dapat gua kecapi sebelum gua ikut jejak Allahyarham ayahanda gua ke Alam Barzakh. Gua ingin tinggalkan sesuatu untuk legacy gua nanti.

Amin..

Sekian…

Mr.Ash

The Covenant Advisor

-Leave A Legacy-

gua

4 Comments »

  1. wah!!!cantik nyer possing.
    sya nyer blog hanafy-numiscollection.blogspot.com,tp lum abis update lg.tengah belajar lg ngan alan.heheheeh

    Comment by hanafy | January 4, 2009 | Reply

  2. tq2..sy dah add awk nye link kat blog nih..jom kita promote2 kan blog2 kite nih

    Comment by thecovenantadvisor | January 5, 2009 | Reply

  3. panjang benar.

    Comment by Emey | February 27, 2009 | Reply

  4. amin.

    Comment by Emey | February 27, 2009 | Reply


Leave a comment