The Fraternity

Leave A Legacy

Munajat Kepada Tuhanku

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu

Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu

Tapi aku tidak mengerti

Mengapa cinta masih tak hadir

Tapi aku tidak mengerti

Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip

Semua permata di dasar lautan

Sesungguhnya walau ku siram

Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir

Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba menghulurkan

Sebuah hadiah kepada Mu

Tapi mungkin kerana isinya

Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya

agar tumbuh dan berbunga

Tapi mungkin kerana airnya

Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip

semua permata di dasar lautan

Sesungguhnya walau ku siram

dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir

Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak mengharapkan rahmatMu

Jika tidak menagih simpati pada Mu Ya Allah

Dan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku

Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu

Moga ku tahu syukurku

Adalah milik Mu

No comments yet.

Leave a comment